Assalammualaikum
w.b.t
Hari
ini Jumaat,25/10/13. Penghulu segala hari. Hari ini tiada yang istimewa pun.
Cuma hari ini pembentangan bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah
kerajaan pimpinan beliau usulkan. Sama-sama kita nantikan. Harap-harap bantuan
buku 1 Malaysia ada lagi ? Hehehe... Ringan sikit beban para pelajar di
pusat-pusat pengajian Malaysia. Apapun kita sama-sama berdoa yang kerajaan
pimpinan DSNTR ini mampu lakukan yang terbaik. Namun begitu,YB Nurul Izzah
Anwar dan PR juga telah pun mengeluarkan Belanjawan PR 2014. Untuk keseimbangan
dan kesakmaan. Keer ambil keputusan untuk muat turun dan baca. Mengapa? Keer
berpendapat bahawa kita perlu ambil tahu hal-hal bajet dan perbelanjawan
negara. Untuk adil dan saksama,baca dan dengar keduanya. Terpulang kepada
individu untuk menilai. Namun,sebaiknya. Keer menasihatkan bahawa apabila kita
mendengar dan membaca kedua-dua belanjawan. Nilailah ia menggunakan akal
kita,logik dan waras. Hal ini berkaitan negara. Jadinya. Tolak tepi fahaman
kita,sama-sama kita hayati dan dalami. Mengapa? Supaya yang kurang bersesuaian
dapat kita gantikan dengan lebih baik dan yang baik bersama-sama kita sokong
tanpa perbezaan fahaman politik. Kiranya ambil yang jernih dan buang yang
keruh. Keer percaya kedua pihak amat mementingkan rakyat dan masyarakat serta
negara. Sebagai rakyat Malaysia,kita kena bersuara dengan cara yang betul untuk
benda yang betul. Apapun kepada DSNTR dan YB Nurul Izzah MP Lembah Pantai. Keer
nak ucapkan selamat ke atas belanjawan 2014 dan tahniah.
YB Nurul Izzah merupakan idola Keer. Mengapa?
Keer percaya,beliau seorang wanita kuat,cekal,tabah dan berani bersaing dengan
ahli politik lelaki. Keer dari awal beliau bertanding di Lembah Pantai,Keer
mengikuti perkembangan beliau. YB Nurul Izzah seorang yang boleh di katakan
‘beauty with brain’. Kalau anda semua mengikuti laman twitter dan instagram YB
Nurul Izzah,pasti anda akan lihat cara beliau bertudung dan jujur Keer katakan
beliau seorang yang ‘simple but superb’. Keer menonton video-video ceramah YB. apa boleh kata. YB Izzah pemimpin wanita yang lembut tetapi tegas.
Begitu
juga YB Mas Ermieyati ( Ketua Puteri Umno Malaysia) . Beliau merupakan ahli
parlimen Masjid Tanah. Puteri pertama ( Melaka ) yang di naikkan menjadi ahli parlimen (
betulkan andai Keer silap ). Keer masih ingat 15 hari menjelang PRU13.
Jentera-jentera puteri dan wanita Masjid Tanah semua bersungguh-sungguh bagi
mencapai kemenangan kepada calon yang bertanding. Jentera ampuh ini benteng
terakhir kata mereka. Alhamdulillah. Jentera padu yang di kuasai wanita ini mampu. Ini menunjukkan,bahawa wanita juga mampu
bersaing dalam segala sektor,politik salah satu contoh.
Bagi
Keer kedua-dua pemimpin wanita ini patut di jadikan contoh kepada wanita-wanita
di luar sana. Dan Keer rasa,jika kedua-dua pemimpin wanita yang hebat ini.
Duduk semeja. Tolak tepi fahaman politik masing-masing dan sama-sama berbincang
akan untung nasib dan masa depan kaum hawa di Malaysia pastinya ada hasil yang
mungkin luar biasa. Jika kedua pemimpin wanita ini,berbincang soal bagaimana
kita nak memajukan wanita,memperkasakan wanita dan sebagainya. berbicara soal wanita masa ini,cara memantapkan ekonomi wanita dan hal-hal sosial melibatkan remaja perempuan. Ini hanya
pandangan Keer sahaja. tapi bayangkan kedua yang hebat ini bergabung ( idea ) bukan politik. melahirkan agenda dan idea 'superb' bagi wanita.
Semua
yang Keer tulis di atas,hanyalah sekadar pandangan,kata dan rasa seorang budak
mentah. Mohon maaf salah dan silap. Apa yang Keer tulis,bukan untuk memburukkan
mana-mana pihak. Justeru itu,Keer berharap sangat yang negara ini akan lebih
maju. Jika ada mana-mana bahagian di atas yang Keer tersilap. Anda boleh
menegur Keer.
Arikays Keer
25/10/13
Ipoh
No comments:
Post a Comment