Assalammualaikum
w.b.t
Alhamdulillah
. Kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester 3 pelajar Diploma Pengurusan
Peruncitan iaitu kertas “ basic accounting” telah pun selamat kami jawab
semalam,Isnin,21/10/13. Bertempat di M201(JP),Kampus Perdagangan,Politeknik
Ungku Omar ( bakal menjadi universiti menjelang 2015 .. Ececehh ) seramai 33
orang calon ( kalau tidak silap ) dari DRM3 telahpun menghadirkan diri untuk
peperiksaan akhir sem3,kertas pertama.
Okay.
Sekarang berbalik pada aku . Alhamdulillah . Aku Berjaya
menjawab,namun,kesilapan demi kesilapan aku buat semasa menjawab soalan
objektif. Fokus aku lari. Fikiran ini menerewang entah ke mana. Apapun,aku
harap selepas ini aku lebih fokus jawab soalan . Tinggal lagi dua kertas
‘retail operation 1’ dan ‘macroeconomics’ yang mana macro ini,membuat aku
sedikit gentar. Aku harap aku pass semua kertas. Aku tak nak sangkut.
Peperiksaan bakal berakhir 29/10/13,selasa. Tak sabar nak balik ke Melaka. Tak
sabar menjalani latihan industri bermula 2 disember 2013 di salah sebuah
gergasi peruncitan yang bertapak di Melaka.
49
hari. Aku dengan FAW mampu bertahan. Kami putuskan untuk jadi kawan. Ya kawan.
Teman tapi mesra. Skandal lebih kurang . Dia baik. Suka dengar dia membebel.
Cuma,aku rasa lebih baik kami jadi kawan. Sebab penat kot bebanyak ni.
Macam-macam perangai ada. FAW faham
keputusan aku dan tiada apa yang berubah kot. Cuma status kami mungkin.
Capital
A. Masing-masing melayan perasaan masing-masingkan. Aku tak tahulah aku bersama
dia demi kepentingan aku,aku kasihankan dia atau aku memang sayang dia. Yang
pasti,dapat dengar suara dia,memang hati aku rasa sedikit tenang dan senang.
Satu perangai dia aku penat,manja dan mengada. Leceh. Tapi,aku dengan dia. Ada
tembok antara kami. Kira aku macam orang ke-3 lah pula. Kami berkawan. Ya hanya
berkawan. Aku rasa serba salah dengan M. Aku tak nak jadi ‘punca’. Tapi,aku
harap M faham aku dengan A,kawan. Hanya kawan.
Aqif.
Hari-hari bertekak. Hari-hari bergaduh. Penat dan letih. Yang Aqif ni
‘official’ aku . Dah bertahun aku dengan dia. Dulu dia okay je. Cuma sekarang
dia banyak berubah. Dia kata dia berubah sebab aku. Aku berubah sebab
dia,perangai dia ‘annoying’. Apapun jadi,kami still bersama. 4 tahun. Lamakan?
Kalau sekarang Tanya aku,”sayang ke ?” . Jawapannya “aku tak tahu ..” Aku tak
tahu kenapa aku still dengan dia. Kasihan ? Simpati ? Sayang ? Kalau aku sayang
dia. Kenapa aku simpan A,FAW,N2,NSA dan AN ? Mereka ni hanya suka-suka ? Atau Aqif
untuk suka-suka ? Ya aku tahu. Terukkan perangai aku.
N2.
Aku tak tahu sampai bila lagi. Bukan tak sayang. Cuma,entahlah. Ikutkan kami
hampir 1 tahun dah. Kawan. Aku selesa dengan status kawan. Tiada kecewa,tiada
sakit hati. Dia baik. Sangat baik. Cuma biarlah masa menentukan kami. Berkawan
lebih baik dari skandal.
NSA.
Aku tak tahu aku sayang dia ke tak. Kenapa dia tunggu aku un tak tahu.
AN.
Dia masih tarik tali dengan aku. So,aku pun main tarik talilah. Aku tak sayang
dia sangat pun. Cuma,ego aku tercabar. Jadinya aku masih pegang tali dan
teruskan permainan. Aku nak tengok dia kalah. Sebab aku tahu dia bukan seorang
yang suka mengalah.
NC.
Dia bukan skandal. Cuma seseorang yang akhir-akhir ni. Selalu berada di kotak
fikiran aku. Seseorang yang buat aku nak tengok dia,dengar suara dia. Tapi,ada
satu hal tentang NC. Dan aku sangat tidak menyukai hal itu.
Ezza
Taufik . Senior aku di poli. Masa aku sem2,dia sem3. Terima kasih kak ezza.
Selalu bagi nasihat. Dari sem2 hingga sekarang. Dia selalu bagi aku nasihat.
Dia baik. Dia senior dan kakak yang baik.
Abam.
Aku akan tersenyum dengar nama ni. Siapa dia ? Seseorang yang aku agak kagumi.
Dia baik. Tidak pasti di mana kami bermula. Yang pasti,salah satu gambarnya di
laman instagramnya yang aku komen. Kami jadi baik laman maya. Dari insta ke
muka buku. Kami berkawan. Rapat jugaklah. Tapi,sekarang ? Entah. Haha. Abam.
Comelkan nama tu. Sebab pipi dia tembam sangat. So panggil dia abam. Dia
panggil aku ‘tembunn’ macam2. Haha. Aku tak tahu kenapa kami tiba-tiba renggang
? Tapi,memang adatlah. Cepat rapat,cepat jauh. Kami ada jersi Barcelona. Hurmm.
Special ke abam ni ? (HANYA KAWAN. JANGAN SALAH FAHAM) . Special sikit kot.
Entah. Memang dia dapat satu tempat duduk sendiri dalam diri aku. Even kawan
yang aku berkawan lama pun sekadar berdiri tepi je dalam hidup aku. Dulu dia
akan say ‘good morning tembunn’ dan ya jujur. Aku masih menantikan ‘good
morning’ tu. Sedihnya. Abam dah lupakan tembunn L. Gift pertama dia coklat. Aku ambil masa
2minggu lebih nak menghabiskan. Tanda menghargai,walaupun tu bukan kegemaran
aku. But,aku memang hantu coklat. Cadbury boost dan black forest. Tapi dia tak
suka Cadbury,katanya manis. Hari tu aku tengok Tanda Putera. Teringat dia.
Kenapa? Entah. Bukan dia berlakon pun. Aku ada minta dia buatkan sambal kacang.
But,aku tahu dia tak kan buat. So,lupakan aje. Satu tentang dia. Dia ego.
Apapun,aku seronok kawan dia. Dan dia orang ke-4 aku pegang promise “ apapun
jadi,kawan selamanya” .
Nurul
nadzirah . Kawan baik baik baik baik baik aku ! Orang pertama (1) aku buat
janji “apapun terjadi,kawan selamanya” . Persahabatan kami,ada pasang surutnya.
Kami pun pernah berantakan. Tapi,Alhamdulillah. Dia kekal sebagai suku dari
hidup aku. Orang kata kami ‘couple’ . Maaf aku tak ‘couple’ dengan sebaya. Dan
zirah kawan baik terbaik aku pernah ada. Masa sekolah menengah,geng aku ada 6.
Masa diploma,geng aku juga ada 6. Nampak tak bahawasanya ‘1616’ memang angka
keramat aku. Zirah tengah buat ijazah di
UPM. Tahun pertama. Semoga Berjaya sayang J.
Geng
di sekolah menengah. Aku ( PUO ),Zirah ( UPM ),Mira J ( SEGI ),Natrah ( KPTM
),Ekin dan Mihi ( PRA-U) . Apa pun,semoga kita Berjaya dunia akhirat. Aku
sayang kamu semua!
Geng
di diploma. Kami bermula masa minggu MSK,sem1. Melekat sampai sekarang. Kami
pun pernah berantakan. Aku harap,itu ujian untuk kuatkan kami. Macam mana
pun,mereka tetap baik. Aisyah@CHA,orang ipoh,dekatkan ? Dia tegas dan dia
berani. Hidayah@DAYA,pemilik hatinya bernama Azni,semoga kamu kekal ke anak cucu.
Mariam@AM@Meri@CIK YAM banyak nya panggilan . Haha. Dia ni orang Pahang. Orang
tok gajah. Penyokong tegar tok gajah,aku pun tak tahu. Najwa@WAA@JUA,dia ni pun
orang perak,dia punya bf Edward Cullen malaya ‘mr.vampire’. Yang terakhir
SHARIFAH AMIRAH HUSNA@@mira,hamboi panjangnya nama diakan. Tapi,ada satu hal.
Selalunya jugak lah dalam sem3 ni,group task kami akan bersama seorang mamat
pemalu ni,Fadli@PADDLE.
SF.
Lama tak dengar khabar darinya. Rindu kat kawan aku yang seorang ni.
Rasanya.
Habis dah aku cerita. Nak tahu apa lagi ? Ohh. Anak buah aku ? Dia dah pindah
sabah bha. Sedih. Akak aku sampai tidur peluk bantal dengan baju anak buah dia.
Punya rindukan anak buah dia. Aku? Aku steady je . Haha.
Ouh
ya. Nurul Syazwani@kak wani. Senior PRA-U aku dulu. Kenapa dengannya ? Dia dengan
kak syima,senior aku sekarang. Sangat banyak persamaan. But,satu tentang kak
wani. Dia still ingat aku. Terharunya. Haha. Boleh di katakana kak syima dan
kak wani 90% peratus sama,umur?Sikap?Cara?Gaya pemikiran?Cara berpakaian?Cara cakap?Muka?Ketinggian?
. Hampir sama semuanya.
Lagi
nak bercakap tentang siapa ya ? Entah tiada siapa yang aku nak cakap lagi.
Kejap. Fikir fikir fikir. Ya ! Mari bercakap soal politik . Tahniah YB Mas
Ermieyati yang telah Berjaya menjadi ketua puteri umno Malaysia. Tahniah
setinggi-tinggi tahniah. Ketua puteri masjid tanah ? Kan bagus abam yang jadi.
Tapi,abam tak nak. Tak boleh paksakan. YB EMY orang scorpio juga rasanya .
Okay.
Tadi bercakap soal umno. Sekarang bercakap tentang pakatan rakyat. YB Nurul
Izzah Anwar. MP Lembah Pantai. Aku sangat mengagumi beliau. Seorang wanita yang
cekal,tabah,bijak,berani,cantik lagi . Dia orang berzodiak scorpio 19 NOVEMBER.
Kami kongsi bulan yang sama J.
Bagi aku dia seorang wanita yang hebat. Bak kata orang ‘awesome’. Majulah kaum
hawa memperkasakan,memajukan negara!!
Lagiiii
. Nak merepek pasal apa ya ? Hah sukan ? Bola? Sayang Melaka tak da bola. Atmvskel ? Sarvspah ?? Aku memilih ATM dan
SARAWAK,#encangsarawakencang #golbanyakbanyak #ngapsayut ( maaf kalau salah,ini
ikut suka aku je. ) kenapa ATM? Der,tak rugi tengok ATM,sambil tengok bola.
Sambil layan band,Lagu Tegar lagi dia main di stadium selayang. Bola orang
putih pula. Aku minat city,YB Izzah minat arsenal . Laliga,aku minat barca
dengan realmadrid. Bola sepak dunia? Aku minat sepanyol ya tentu,dengan
argentina. Ada messi. Yang penting,bola Malaysia tetap di hati.
Kita
cerita pasal artis ? Aku minat Miley Cyrus. Kasihankan dia. Peminat ada yang
mengutuk. Bagi aku,dia begitu bersebab. Masa akan memulihkan keadaan. Artis
tempatan ? Aku suka.. Hurmm .. Hurm .. Macam tiada. Hah ! Ada,NORA DANISH
dengan BOSSNED. Apa pasal bossned ? Rambut dia style gila . Aku suka tengok
rambutnya. Smart,comel. Zara Zya,ILMA. Dia comelkan. Bila buat giyomi. Haha.
Comel-comel-comel .
Lagu
? Sekarang ni carta musicbox phone aku. Di tempat #1 : Miley Cyrus-wrecking
ball. #2 Miley Cyrus-we cant stop. #3 Repvblik- sandiwara cinta. #4 Repvblik-
telah ku berikan. #5 Repvblik- kasih dengarkan. #6 Green Days-boulevard of
broken dream.
Panjangnya
karangan aku hari ini J
apapun. Kepada semua pelajar-pelajar politeknik ungku omar. Selamat menduduki
peperiksaan akhir.
#nowplaying
sandiwara cinta ( teringat abam. Dia suka putar lagu ni siang malam. Haha. )
ARIKAYS KEER
IPOH
22/10/13