Monday, 21 October 2013

BUDAK MENTAH DAN ORANG YANG ADA DI SEKELIINGNYA

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah . Kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester 3 pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan iaitu kertas “ basic accounting” telah pun selamat kami jawab semalam,Isnin,21/10/13. Bertempat di M201(JP),Kampus Perdagangan,Politeknik Ungku Omar ( bakal menjadi universiti menjelang 2015 .. Ececehh ) seramai 33 orang calon ( kalau tidak silap ) dari DRM3 telahpun menghadirkan diri untuk peperiksaan akhir sem3,kertas pertama.
Okay. Sekarang berbalik pada aku . Alhamdulillah . Aku Berjaya menjawab,namun,kesilapan demi kesilapan aku buat semasa menjawab soalan objektif. Fokus aku lari. Fikiran ini menerewang entah ke mana. Apapun,aku harap selepas ini aku lebih fokus jawab soalan . Tinggal lagi dua kertas ‘retail operation 1’ dan ‘macroeconomics’ yang mana macro ini,membuat aku sedikit gentar. Aku harap aku pass semua kertas. Aku tak nak sangkut. Peperiksaan bakal berakhir 29/10/13,selasa. Tak sabar nak balik ke Melaka. Tak sabar menjalani latihan industri bermula 2 disember 2013 di salah sebuah gergasi peruncitan yang bertapak di Melaka.
49 hari. Aku dengan FAW mampu bertahan. Kami putuskan untuk jadi kawan. Ya kawan. Teman tapi mesra. Skandal lebih kurang . Dia baik. Suka dengar dia membebel. Cuma,aku rasa lebih baik kami jadi kawan. Sebab penat kot bebanyak ni. Macam-macam perangai ada.  FAW faham keputusan aku dan tiada apa yang berubah kot. Cuma status kami mungkin.
Capital A. Masing-masing melayan perasaan masing-masingkan. Aku tak tahulah aku bersama dia demi kepentingan aku,aku kasihankan dia atau aku memang sayang dia. Yang pasti,dapat dengar suara dia,memang hati aku rasa sedikit tenang dan senang. Satu perangai dia aku penat,manja dan mengada. Leceh. Tapi,aku dengan dia. Ada tembok antara kami. Kira aku macam orang ke-3 lah pula. Kami berkawan. Ya hanya berkawan. Aku rasa serba salah dengan M. Aku tak nak jadi ‘punca’. Tapi,aku harap M faham aku dengan A,kawan. Hanya kawan.
Aqif. Hari-hari bertekak. Hari-hari bergaduh. Penat dan letih. Yang Aqif ni ‘official’ aku . Dah bertahun aku dengan dia. Dulu dia okay je. Cuma sekarang dia banyak berubah. Dia kata dia berubah sebab aku. Aku berubah sebab dia,perangai dia ‘annoying’. Apapun jadi,kami still bersama. 4 tahun. Lamakan? Kalau sekarang Tanya aku,”sayang ke ?” . Jawapannya “aku tak tahu ..” Aku tak tahu kenapa aku still dengan dia. Kasihan ? Simpati ? Sayang ? Kalau aku sayang dia. Kenapa aku simpan A,FAW,N2,NSA dan AN ? Mereka ni hanya suka-suka ? Atau Aqif untuk suka-suka ? Ya aku tahu. Terukkan perangai aku.
N2. Aku tak tahu sampai bila lagi. Bukan tak sayang. Cuma,entahlah. Ikutkan kami hampir 1 tahun dah. Kawan. Aku selesa dengan status kawan. Tiada kecewa,tiada sakit hati. Dia baik. Sangat baik. Cuma biarlah masa menentukan kami. Berkawan lebih baik dari skandal.
NSA. Aku tak tahu aku sayang dia ke tak. Kenapa dia tunggu aku un tak tahu.
AN. Dia masih tarik tali dengan aku. So,aku pun main tarik talilah. Aku tak sayang dia sangat pun. Cuma,ego aku tercabar. Jadinya aku masih pegang tali dan teruskan permainan. Aku nak tengok dia kalah. Sebab aku tahu dia bukan seorang yang suka mengalah.
NC. Dia bukan skandal. Cuma seseorang yang akhir-akhir ni. Selalu berada di kotak fikiran aku. Seseorang yang buat aku nak tengok dia,dengar suara dia. Tapi,ada satu hal tentang NC. Dan aku sangat tidak menyukai hal itu.
Ezza Taufik . Senior aku di poli. Masa aku sem2,dia sem3. Terima kasih kak ezza. Selalu bagi nasihat. Dari sem2 hingga sekarang. Dia selalu bagi aku nasihat. Dia baik. Dia senior dan kakak yang baik.
Abam. Aku akan tersenyum dengar nama ni. Siapa dia ? Seseorang yang aku agak kagumi. Dia baik. Tidak pasti di mana kami bermula. Yang pasti,salah satu gambarnya di laman instagramnya yang aku komen. Kami jadi baik laman maya. Dari insta ke muka buku. Kami berkawan. Rapat jugaklah. Tapi,sekarang ? Entah. Haha. Abam. Comelkan nama tu. Sebab pipi dia tembam sangat. So panggil dia abam. Dia panggil aku ‘tembunn’ macam2. Haha. Aku tak tahu kenapa kami tiba-tiba renggang ? Tapi,memang adatlah. Cepat rapat,cepat jauh. Kami ada jersi Barcelona. Hurmm. Special ke abam ni ? (HANYA KAWAN. JANGAN SALAH FAHAM) . Special sikit kot. Entah. Memang dia dapat satu tempat duduk sendiri dalam diri aku. Even kawan yang aku berkawan lama pun sekadar berdiri tepi je dalam hidup aku. Dulu dia akan say ‘good morning tembunn’ dan ya jujur. Aku masih menantikan ‘good morning’ tu. Sedihnya. Abam dah lupakan tembunn L. Gift pertama dia coklat. Aku ambil masa 2minggu lebih nak menghabiskan. Tanda menghargai,walaupun tu bukan kegemaran aku. But,aku memang hantu coklat. Cadbury boost dan black forest. Tapi dia tak suka Cadbury,katanya manis. Hari tu aku tengok Tanda Putera. Teringat dia. Kenapa? Entah. Bukan dia berlakon pun. Aku ada minta dia buatkan sambal kacang. But,aku tahu dia tak kan buat. So,lupakan aje. Satu tentang dia. Dia ego. Apapun,aku seronok kawan dia. Dan dia orang ke-4 aku pegang promise “ apapun jadi,kawan selamanya” .
Nurul nadzirah . Kawan baik baik baik baik baik aku ! Orang pertama (1) aku buat janji “apapun terjadi,kawan selamanya” . Persahabatan kami,ada pasang surutnya. Kami pun pernah berantakan. Tapi,Alhamdulillah. Dia kekal sebagai suku dari hidup aku. Orang kata kami ‘couple’ . Maaf aku tak ‘couple’ dengan sebaya. Dan zirah kawan baik terbaik aku pernah ada. Masa sekolah menengah,geng aku ada 6. Masa diploma,geng aku juga ada 6. Nampak tak bahawasanya ‘1616’ memang angka keramat aku.  Zirah tengah buat ijazah di UPM. Tahun pertama. Semoga Berjaya sayang J.
Geng di sekolah menengah. Aku ( PUO ),Zirah ( UPM ),Mira J ( SEGI ),Natrah ( KPTM ),Ekin dan Mihi ( PRA-U) . Apa pun,semoga kita Berjaya dunia akhirat. Aku sayang kamu semua!
Geng di diploma. Kami bermula masa minggu MSK,sem1. Melekat sampai sekarang. Kami pun pernah berantakan. Aku harap,itu ujian untuk kuatkan kami. Macam mana pun,mereka tetap baik. Aisyah@CHA,orang ipoh,dekatkan ? Dia tegas dan dia berani. Hidayah@DAYA,pemilik hatinya bernama Azni,semoga kamu kekal ke anak cucu. Mariam@AM@Meri@CIK YAM banyak nya panggilan . Haha. Dia ni orang Pahang. Orang tok gajah. Penyokong tegar tok gajah,aku pun tak tahu. Najwa@WAA@JUA,dia ni pun orang perak,dia punya bf Edward Cullen malaya ‘mr.vampire’. Yang terakhir SHARIFAH AMIRAH HUSNA@@mira,hamboi panjangnya nama diakan. Tapi,ada satu hal. Selalunya jugak lah dalam sem3 ni,group task kami akan bersama seorang mamat pemalu ni,Fadli@PADDLE.
SF. Lama tak dengar khabar darinya. Rindu kat kawan aku yang seorang ni.
Rasanya. Habis dah aku cerita. Nak tahu apa lagi ? Ohh. Anak buah aku ? Dia dah pindah sabah bha. Sedih. Akak aku sampai tidur peluk bantal dengan baju anak buah dia. Punya rindukan anak buah dia. Aku? Aku steady je . Haha.
Ouh ya. Nurul Syazwani@kak wani. Senior PRA-U aku dulu. Kenapa dengannya ? Dia dengan kak syima,senior aku sekarang. Sangat banyak persamaan. But,satu tentang kak wani. Dia still ingat aku. Terharunya. Haha. Boleh di katakana kak syima dan kak wani 90% peratus sama,umur?Sikap?Cara?Gaya pemikiran?Cara berpakaian?Cara cakap?Muka?Ketinggian? . Hampir sama semuanya.
Lagi nak bercakap tentang siapa ya ? Entah tiada siapa yang aku nak cakap lagi. Kejap. Fikir fikir fikir. Ya ! Mari bercakap soal politik . Tahniah YB Mas Ermieyati yang telah Berjaya menjadi ketua puteri umno Malaysia. Tahniah setinggi-tinggi tahniah. Ketua puteri masjid tanah ? Kan bagus abam yang jadi. Tapi,abam tak nak. Tak boleh paksakan. YB EMY orang scorpio juga rasanya .
Okay. Tadi bercakap soal umno. Sekarang bercakap tentang pakatan rakyat. YB Nurul Izzah Anwar. MP Lembah Pantai. Aku sangat mengagumi beliau. Seorang wanita yang cekal,tabah,bijak,berani,cantik lagi . Dia orang berzodiak scorpio 19 NOVEMBER. Kami kongsi bulan yang sama J. Bagi aku dia seorang wanita yang hebat. Bak kata orang ‘awesome’. Majulah kaum hawa memperkasakan,memajukan negara!!
Lagiiii . Nak merepek pasal apa ya ? Hah sukan ? Bola? Sayang Melaka tak da bola.  Atmvskel ? Sarvspah ?? Aku memilih ATM dan SARAWAK,#encangsarawakencang #golbanyakbanyak #ngapsayut ( maaf kalau salah,ini ikut suka aku je. ) kenapa ATM? Der,tak rugi tengok ATM,sambil tengok bola. Sambil layan band,Lagu Tegar lagi dia main di stadium selayang. Bola orang putih pula. Aku minat city,YB Izzah minat arsenal . Laliga,aku minat barca dengan realmadrid. Bola sepak dunia? Aku minat sepanyol ya tentu,dengan argentina. Ada messi. Yang penting,bola Malaysia tetap di hati.
Kita cerita pasal artis ? Aku minat Miley Cyrus. Kasihankan dia. Peminat ada yang mengutuk. Bagi aku,dia begitu bersebab. Masa akan memulihkan keadaan. Artis tempatan ? Aku suka.. Hurmm .. Hurm .. Macam tiada. Hah ! Ada,NORA DANISH dengan BOSSNED. Apa pasal bossned ? Rambut dia style gila . Aku suka tengok rambutnya. Smart,comel. Zara Zya,ILMA. Dia comelkan. Bila buat giyomi. Haha. Comel-comel-comel .
Lagu ? Sekarang ni carta musicbox phone aku. Di tempat #1 : Miley Cyrus-wrecking ball. #2 Miley Cyrus-we cant stop. #3 Repvblik- sandiwara cinta. #4 Repvblik- telah ku berikan. #5 Repvblik- kasih dengarkan. #6 Green Days-boulevard of broken dream.
Panjangnya karangan aku hari ini J apapun. Kepada semua pelajar-pelajar politeknik ungku omar. Selamat menduduki peperiksaan akhir.

#nowplaying sandiwara cinta ( teringat abam. Dia suka putar lagu ni siang malam. Haha. )

ARIKAYS KEER
IPOH
22/10/13

1 comment:

  1. hai syakira..akk ttbe tbaca post ni...jaga diri walau kat mana awak berada ok..semoga Allah pelihara awak sentiasa❤️

    ReplyDelete