Assalammualaikum
w.b.t
Jika
anda membaca post atau entri Keer yang lama pasti anda semua tertanya-tanya,mengapa
Keer berbicara soal politik. Dulu cita-cita Keer nak jadi Perdana Menteri.
Cita-cita budak-budak,biasalah. Setiap orang ada impian dan angan-angan masing-
masing.
Namun,andailah
kata. Suatu hari nanti,betul dan benar Keer menjadi ahli politik. Menjadi
pemimpin negara. Keer ingin ajar rakyat Keer dengan ‘PERCAYA,JUJUR,INTREGRITI,HORMAT
DAN SELAMAT’. Ececehh ... berangan Keer ini. Baik Keer akan terangkan,mengapa
Keer pilih ini.
PERCAYA : kepercayaan antara satu sama
lain amat penting. Kepercayaan ini boleh kita pecahkan kepada beberapa
bahagian.
1 .
EKONOMI
– sebagai PM dan rakyat Malaysia kita perlu berganding bahu dan bersama
memajukan ekonomi negara. Ambil contoh pelabur asing. Kita kena yakinkan dan
buat mereka percaya melabur di Malaysia amat menguntungkan. Jadinya rakyat
perlu mengelakkan perkara-perkara negative yang membuatkan pelabur jadi tidak
percaya dengan keadaan Malaysia yang tidak tentu dan sukar di kawal.
JUJUR : Keer berharap,di saat Keer
memimpin ( ANGAN-ANGAN ) tiada lagi rasuah,pecah amanah,penyelewangan dan
penipuan. Keer nak,mereka yang bekerja bersama Keer mempunyai jati diri yang
kuat dan hati tabah serta ikhlas berjuang demi negara dan rakyat. Mengapa ini
perlu? Jujur bukan setakat wang,tenaga dan pengetahuan. Keer mahu semua
merasakan yang sama.
INTREGRITI : Hal ini amat penting di
semai dan di pupuk di kalangan masyarakat dan negara demi melahirkan modal
insan yang terjaga duniawi dan ukhrawi. Ini akan lebih memantapkan negara di
masa depan.
HORMAT : Keer mahukan rakyat Keer mampu
menghormati pimpinan dan pemimpin yang di undi dan di pilih secara demokrasi.
Keer ingin semua bersikap redha dan menerima keputusan yang ada dengan matang.
Bukan menentang dan bersuara dengan kekerasan. Keer juga berharap,pemimpin-pemimpin
di bawah Keer,menghormati rakyat negara ini. Dengan apa? Kotakan apa yang di
kata. Dan Keer harap. Rakyat akan bersuara dengan lebih matang. Bukan dengan
melakukan kekacauan. Setiap pihak harus menghormati hak masing-masing.
SELAMAT : Bagi Keer ini amat penting.
Kesemua yang di atas yang Keer nyatakan tidak akan berguna jika SELAMAT di
abaikan. Selamat apa? Minda,akal kita,diri kita,agama kita,maruah kita,harta
benda kita,nyawa kita perlu di jaga keselamatannya. Islam sendiri mengatakan
bahawa kita perlu menjaga keselamatan nyawa,maruah,agama,harta dan akal. Jika
nak Keer terangkan panjang lebar. Jadi seeloknya anda membaca. Tambah
pengetahuan.
Sebenarnya
kalau mahu di terangkan apa keinginan Keer untuk Malaysia sangat panjang lebar.
Jadinya,kesimpulannya. Keer ingin punyai sebuah kerajaan pimpinan yang
mendidik,mengajar rakyat negara Keer dengan nilai-nilai murni dan waras seorang
insan dalam memantapkan,memajukan dan memperkasakan negara.
Keer
percaya bukan mudah untuk mendidik dan menyemai nilai murni ini. Namun,Keer
berharap. Negara ini di pacu dengan kemajuan dan pembangunan yang tidak menolak
nilai-nilai kemanusiaan. Keer ingin negara ini tahap kemajuan dan
pembangunannya bergerak seiring dengan keharmonian dan kedamaian serta
toleransi. Keer tidak ingin lihat negara yang Keer terajui kucar kacir. Perbalahan sini
sana. Biarlah semuanya di selesaikan di atas meja bulat dan bukan di hujung
jari ( twitter dll ) .
Keer ingin mengamalkan keterbukaan dan persahabatan
serta menghormati. Walaupun fahaman politik kami berbeza. Keer ingin mereka
duduk semeja dengan Keer. Bincangkan apa yang mereka rasa baik. Pembangkang
atau kerajaan. Misi kita perlu sama. Rakyat kepentingan kita,Islam panduan
kita.
Jadinya inilah angan-angan Keer pada suatu saatlah jika ada rezeki Keer
membina kerajaan dan Keer jadi perdana menteri. Hahaha .. lawakkan ?Tidak
semestinya lawan tidak boleh menjadi kawan dan kawan tidak boleh menjadi kawan.
Pembangkang ataupun kerajaan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Arikays Keer
25/10/13
Ipoh
No comments:
Post a Comment