Thursday, 10 July 2014

S H L A M D A Z

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Selesai menamatkan latihan industri dengan jayanya di salah sebuah gergasi peruncitan yang bertapak di melaka. Bumi bertuah.. Berbagai pengalaman dan pahir manis aku hadapi aku rasai dan berbagai pengalaman aku timba. Tamat latihan industri,aku menginjak ke tahun akhir pengajian. Semester 5. Dah bergelar kakak dan abang-abang. Namun. Tak semuanya indah. Hampir setahun lebih aku memendam duka. Luka lama berdarah kembali. Aku ingin segera tamatkan pengajian. Tidak perlulah rasanya terserempak seseorang yang aku tak nak tengok mukanya. Bukan membenci. Cuma aku tak sedia untuk sakit lagi. Memang aku yang menyakiti tapi aku yang lebih sakit sebenarnya. Aku sentiasa berharap akan ada lembaran baru  tapi aku silap. Aku tahu aku bersalah. Yang aku mahu kemaafan. Aku tak nak dia kembali. Yang aku nak " kemaafan "..

Kadangkala aku berharap ada ubat yang mampu hapuskan ingatan tentang seseorang. Aku nak lupakan dia sepantas dia melupakan aku. Bukan perbualan panjang aku inginkan cukup sekadar ucapan maaf untuk aku.