Thursday, 24 October 2013

Cita-cita budak mentah nak jadi PM ^^

Assalammualaikum w.b.t

Jika anda membaca post atau entri Keer yang lama pasti anda semua tertanya-tanya,mengapa Keer berbicara soal politik. Dulu cita-cita Keer nak jadi Perdana Menteri. Cita-cita budak-budak,biasalah. Setiap orang ada impian dan angan-angan masing- masing.

Namun,andailah kata. Suatu hari nanti,betul dan benar Keer menjadi ahli politik. Menjadi pemimpin negara. Keer ingin ajar rakyat Keer dengan ‘PERCAYA,JUJUR,INTREGRITI,HORMAT DAN SELAMAT’. Ececehh ... berangan Keer ini. Baik Keer akan terangkan,mengapa Keer pilih ini.

PERCAYA : kepercayaan antara satu sama lain amat penting. Kepercayaan ini boleh kita pecahkan kepada beberapa bahagian.

1        .    EKONOMI – sebagai PM dan rakyat Malaysia kita perlu berganding bahu dan bersama memajukan ekonomi negara. Ambil contoh pelabur asing. Kita kena yakinkan dan buat mereka percaya melabur di Malaysia amat menguntungkan. Jadinya rakyat perlu mengelakkan perkara-perkara negative yang membuatkan pelabur jadi tidak percaya dengan keadaan Malaysia yang tidak tentu dan sukar di kawal.

JUJUR : Keer berharap,di saat Keer memimpin ( ANGAN-ANGAN ) tiada lagi rasuah,pecah amanah,penyelewangan dan penipuan. Keer nak,mereka yang bekerja bersama Keer mempunyai jati diri yang kuat dan hati tabah serta ikhlas berjuang demi negara dan rakyat. Mengapa ini perlu? Jujur bukan setakat wang,tenaga dan pengetahuan. Keer mahu semua merasakan yang sama.

INTREGRITI : Hal ini amat penting di semai dan di pupuk di kalangan masyarakat dan negara demi melahirkan modal insan yang terjaga duniawi dan ukhrawi. Ini akan lebih memantapkan negara di masa depan.

HORMAT : Keer mahukan rakyat Keer mampu menghormati pimpinan dan pemimpin yang di undi dan di pilih secara demokrasi. Keer ingin semua bersikap redha dan menerima keputusan yang ada dengan matang. Bukan menentang dan bersuara dengan kekerasan. Keer juga berharap,pemimpin-pemimpin di bawah Keer,menghormati rakyat negara ini. Dengan apa? Kotakan apa yang di kata. Dan Keer harap. Rakyat akan bersuara dengan lebih matang. Bukan dengan melakukan kekacauan. Setiap pihak harus menghormati hak masing-masing.

SELAMAT : Bagi Keer ini amat penting. Kesemua yang di atas yang Keer nyatakan tidak akan berguna jika SELAMAT di abaikan. Selamat apa? Minda,akal kita,diri kita,agama kita,maruah kita,harta benda kita,nyawa kita perlu di jaga keselamatannya. Islam sendiri mengatakan bahawa kita perlu menjaga keselamatan nyawa,maruah,agama,harta dan akal. Jika nak Keer terangkan panjang lebar. Jadi seeloknya anda membaca. Tambah pengetahuan.

Sebenarnya kalau mahu di terangkan apa keinginan Keer untuk Malaysia sangat panjang lebar. Jadinya,kesimpulannya. Keer ingin punyai sebuah kerajaan pimpinan yang mendidik,mengajar rakyat negara Keer dengan nilai-nilai murni dan waras seorang insan dalam memantapkan,memajukan dan memperkasakan negara.

Keer percaya bukan mudah untuk mendidik dan menyemai nilai murni ini. Namun,Keer berharap. Negara ini di pacu dengan kemajuan dan pembangunan yang tidak menolak nilai-nilai kemanusiaan. Keer ingin negara ini tahap kemajuan dan pembangunannya bergerak seiring dengan keharmonian dan kedamaian serta toleransi. Keer tidak ingin lihat negara yang  Keer terajui kucar kacir. Perbalahan sini sana. Biarlah semuanya di selesaikan di atas meja bulat dan bukan di hujung jari ( twitter dll ) . 

Keer ingin mengamalkan keterbukaan dan persahabatan serta menghormati. Walaupun fahaman politik kami berbeza. Keer ingin mereka duduk semeja dengan Keer. Bincangkan apa yang mereka rasa baik. Pembangkang atau kerajaan. Misi kita perlu sama. Rakyat kepentingan kita,Islam panduan kita. 

Jadinya inilah angan-angan Keer pada suatu saatlah jika ada rezeki Keer membina kerajaan dan Keer jadi perdana menteri. Hahaha .. lawakkan ?Tidak semestinya lawan tidak boleh menjadi kawan dan kawan tidak boleh menjadi kawan. Pembangkang ataupun kerajaan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.



Arikays Keer
25/10/13

Ipoh

POLITIK MALAYSIA - pandangan kecil budak mentah

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini Jumaat,25/10/13. Penghulu segala hari. Hari ini tiada yang istimewa pun. Cuma hari ini pembentangan bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah kerajaan pimpinan beliau usulkan. Sama-sama kita nantikan. Harap-harap bantuan buku 1 Malaysia ada lagi ? Hehehe... Ringan sikit beban para pelajar di pusat-pusat pengajian Malaysia. Apapun kita sama-sama berdoa yang kerajaan pimpinan DSNTR ini mampu lakukan yang terbaik. Namun begitu,YB Nurul Izzah Anwar dan PR juga telah pun mengeluarkan Belanjawan PR 2014. Untuk keseimbangan dan kesakmaan. Keer ambil keputusan untuk muat turun dan baca. Mengapa? Keer berpendapat bahawa kita perlu ambil tahu hal-hal bajet dan perbelanjawan negara. Untuk adil dan saksama,baca dan dengar keduanya. Terpulang kepada individu untuk menilai. Namun,sebaiknya. Keer menasihatkan bahawa apabila kita mendengar dan membaca kedua-dua belanjawan. Nilailah ia menggunakan akal kita,logik dan waras. Hal ini berkaitan negara. Jadinya. Tolak tepi fahaman kita,sama-sama kita hayati dan dalami. Mengapa? Supaya yang kurang bersesuaian dapat kita gantikan dengan lebih baik dan yang baik bersama-sama kita sokong tanpa perbezaan fahaman politik. Kiranya ambil yang jernih dan buang yang keruh. Keer percaya kedua pihak amat mementingkan rakyat dan masyarakat serta negara. Sebagai rakyat Malaysia,kita kena bersuara dengan cara yang betul untuk benda yang betul. Apapun kepada DSNTR dan YB Nurul Izzah MP Lembah Pantai. Keer nak ucapkan selamat ke atas belanjawan 2014 dan tahniah.
 YB Nurul Izzah merupakan idola Keer. Mengapa? Keer percaya,beliau seorang wanita kuat,cekal,tabah dan berani bersaing dengan ahli politik lelaki. Keer dari awal beliau bertanding di Lembah Pantai,Keer mengikuti perkembangan beliau. YB Nurul Izzah seorang yang boleh di katakan ‘beauty with brain’. Kalau anda semua mengikuti laman twitter dan instagram YB Nurul Izzah,pasti anda akan lihat cara beliau bertudung dan jujur Keer katakan beliau seorang yang ‘simple but superb’. Keer menonton video-video ceramah YB. apa boleh kata. YB Izzah pemimpin wanita yang lembut tetapi tegas. 

Begitu juga YB Mas Ermieyati ( Ketua Puteri Umno Malaysia) . Beliau merupakan ahli parlimen Masjid Tanah. Puteri pertama ( Melaka ) yang di naikkan menjadi ahli parlimen ( betulkan andai Keer silap ). Keer masih ingat 15 hari menjelang PRU13. Jentera-jentera puteri dan wanita Masjid Tanah semua bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan kepada calon yang bertanding. Jentera ampuh ini benteng terakhir kata mereka. Alhamdulillah. Jentera padu yang di kuasai wanita ini mampu.   Ini menunjukkan,bahawa wanita juga mampu bersaing dalam segala sektor,politik salah satu contoh.

Bagi Keer kedua-dua pemimpin wanita ini patut di jadikan contoh kepada wanita-wanita di luar sana. Dan Keer rasa,jika kedua-dua pemimpin wanita yang hebat ini. Duduk semeja. Tolak tepi fahaman politik masing-masing dan sama-sama berbincang akan untung nasib dan masa depan kaum hawa di Malaysia pastinya ada hasil yang mungkin luar biasa. Jika kedua pemimpin wanita ini,berbincang soal bagaimana kita nak memajukan wanita,memperkasakan wanita dan sebagainya. berbicara soal wanita masa ini,cara memantapkan ekonomi wanita dan hal-hal sosial melibatkan remaja perempuan. Ini hanya pandangan Keer sahaja. tapi bayangkan kedua yang hebat ini bergabung ( idea ) bukan politik. melahirkan agenda dan idea 'superb' bagi wanita.

Semua yang Keer tulis di atas,hanyalah sekadar pandangan,kata dan rasa seorang budak mentah. Mohon maaf salah dan silap. Apa yang Keer tulis,bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Justeru itu,Keer berharap sangat yang negara ini akan lebih maju. Jika ada mana-mana bahagian di atas yang Keer tersilap. Anda boleh menegur Keer.



Arikays Keer
25/10/13
Ipoh

Monday, 21 October 2013

BUDAK MENTAH DAN ORANG YANG ADA DI SEKELIINGNYA

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah . Kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester 3 pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan iaitu kertas “ basic accounting” telah pun selamat kami jawab semalam,Isnin,21/10/13. Bertempat di M201(JP),Kampus Perdagangan,Politeknik Ungku Omar ( bakal menjadi universiti menjelang 2015 .. Ececehh ) seramai 33 orang calon ( kalau tidak silap ) dari DRM3 telahpun menghadirkan diri untuk peperiksaan akhir sem3,kertas pertama.
Okay. Sekarang berbalik pada aku . Alhamdulillah . Aku Berjaya menjawab,namun,kesilapan demi kesilapan aku buat semasa menjawab soalan objektif. Fokus aku lari. Fikiran ini menerewang entah ke mana. Apapun,aku harap selepas ini aku lebih fokus jawab soalan . Tinggal lagi dua kertas ‘retail operation 1’ dan ‘macroeconomics’ yang mana macro ini,membuat aku sedikit gentar. Aku harap aku pass semua kertas. Aku tak nak sangkut. Peperiksaan bakal berakhir 29/10/13,selasa. Tak sabar nak balik ke Melaka. Tak sabar menjalani latihan industri bermula 2 disember 2013 di salah sebuah gergasi peruncitan yang bertapak di Melaka.
49 hari. Aku dengan FAW mampu bertahan. Kami putuskan untuk jadi kawan. Ya kawan. Teman tapi mesra. Skandal lebih kurang . Dia baik. Suka dengar dia membebel. Cuma,aku rasa lebih baik kami jadi kawan. Sebab penat kot bebanyak ni. Macam-macam perangai ada.  FAW faham keputusan aku dan tiada apa yang berubah kot. Cuma status kami mungkin.
Capital A. Masing-masing melayan perasaan masing-masingkan. Aku tak tahulah aku bersama dia demi kepentingan aku,aku kasihankan dia atau aku memang sayang dia. Yang pasti,dapat dengar suara dia,memang hati aku rasa sedikit tenang dan senang. Satu perangai dia aku penat,manja dan mengada. Leceh. Tapi,aku dengan dia. Ada tembok antara kami. Kira aku macam orang ke-3 lah pula. Kami berkawan. Ya hanya berkawan. Aku rasa serba salah dengan M. Aku tak nak jadi ‘punca’. Tapi,aku harap M faham aku dengan A,kawan. Hanya kawan.
Aqif. Hari-hari bertekak. Hari-hari bergaduh. Penat dan letih. Yang Aqif ni ‘official’ aku . Dah bertahun aku dengan dia. Dulu dia okay je. Cuma sekarang dia banyak berubah. Dia kata dia berubah sebab aku. Aku berubah sebab dia,perangai dia ‘annoying’. Apapun jadi,kami still bersama. 4 tahun. Lamakan? Kalau sekarang Tanya aku,”sayang ke ?” . Jawapannya “aku tak tahu ..” Aku tak tahu kenapa aku still dengan dia. Kasihan ? Simpati ? Sayang ? Kalau aku sayang dia. Kenapa aku simpan A,FAW,N2,NSA dan AN ? Mereka ni hanya suka-suka ? Atau Aqif untuk suka-suka ? Ya aku tahu. Terukkan perangai aku.
N2. Aku tak tahu sampai bila lagi. Bukan tak sayang. Cuma,entahlah. Ikutkan kami hampir 1 tahun dah. Kawan. Aku selesa dengan status kawan. Tiada kecewa,tiada sakit hati. Dia baik. Sangat baik. Cuma biarlah masa menentukan kami. Berkawan lebih baik dari skandal.
NSA. Aku tak tahu aku sayang dia ke tak. Kenapa dia tunggu aku un tak tahu.
AN. Dia masih tarik tali dengan aku. So,aku pun main tarik talilah. Aku tak sayang dia sangat pun. Cuma,ego aku tercabar. Jadinya aku masih pegang tali dan teruskan permainan. Aku nak tengok dia kalah. Sebab aku tahu dia bukan seorang yang suka mengalah.
NC. Dia bukan skandal. Cuma seseorang yang akhir-akhir ni. Selalu berada di kotak fikiran aku. Seseorang yang buat aku nak tengok dia,dengar suara dia. Tapi,ada satu hal tentang NC. Dan aku sangat tidak menyukai hal itu.
Ezza Taufik . Senior aku di poli. Masa aku sem2,dia sem3. Terima kasih kak ezza. Selalu bagi nasihat. Dari sem2 hingga sekarang. Dia selalu bagi aku nasihat. Dia baik. Dia senior dan kakak yang baik.
Abam. Aku akan tersenyum dengar nama ni. Siapa dia ? Seseorang yang aku agak kagumi. Dia baik. Tidak pasti di mana kami bermula. Yang pasti,salah satu gambarnya di laman instagramnya yang aku komen. Kami jadi baik laman maya. Dari insta ke muka buku. Kami berkawan. Rapat jugaklah. Tapi,sekarang ? Entah. Haha. Abam. Comelkan nama tu. Sebab pipi dia tembam sangat. So panggil dia abam. Dia panggil aku ‘tembunn’ macam2. Haha. Aku tak tahu kenapa kami tiba-tiba renggang ? Tapi,memang adatlah. Cepat rapat,cepat jauh. Kami ada jersi Barcelona. Hurmm. Special ke abam ni ? (HANYA KAWAN. JANGAN SALAH FAHAM) . Special sikit kot. Entah. Memang dia dapat satu tempat duduk sendiri dalam diri aku. Even kawan yang aku berkawan lama pun sekadar berdiri tepi je dalam hidup aku. Dulu dia akan say ‘good morning tembunn’ dan ya jujur. Aku masih menantikan ‘good morning’ tu. Sedihnya. Abam dah lupakan tembunn L. Gift pertama dia coklat. Aku ambil masa 2minggu lebih nak menghabiskan. Tanda menghargai,walaupun tu bukan kegemaran aku. But,aku memang hantu coklat. Cadbury boost dan black forest. Tapi dia tak suka Cadbury,katanya manis. Hari tu aku tengok Tanda Putera. Teringat dia. Kenapa? Entah. Bukan dia berlakon pun. Aku ada minta dia buatkan sambal kacang. But,aku tahu dia tak kan buat. So,lupakan aje. Satu tentang dia. Dia ego. Apapun,aku seronok kawan dia. Dan dia orang ke-4 aku pegang promise “ apapun jadi,kawan selamanya” .
Nurul nadzirah . Kawan baik baik baik baik baik aku ! Orang pertama (1) aku buat janji “apapun terjadi,kawan selamanya” . Persahabatan kami,ada pasang surutnya. Kami pun pernah berantakan. Tapi,Alhamdulillah. Dia kekal sebagai suku dari hidup aku. Orang kata kami ‘couple’ . Maaf aku tak ‘couple’ dengan sebaya. Dan zirah kawan baik terbaik aku pernah ada. Masa sekolah menengah,geng aku ada 6. Masa diploma,geng aku juga ada 6. Nampak tak bahawasanya ‘1616’ memang angka keramat aku.  Zirah tengah buat ijazah di UPM. Tahun pertama. Semoga Berjaya sayang J.
Geng di sekolah menengah. Aku ( PUO ),Zirah ( UPM ),Mira J ( SEGI ),Natrah ( KPTM ),Ekin dan Mihi ( PRA-U) . Apa pun,semoga kita Berjaya dunia akhirat. Aku sayang kamu semua!
Geng di diploma. Kami bermula masa minggu MSK,sem1. Melekat sampai sekarang. Kami pun pernah berantakan. Aku harap,itu ujian untuk kuatkan kami. Macam mana pun,mereka tetap baik. Aisyah@CHA,orang ipoh,dekatkan ? Dia tegas dan dia berani. Hidayah@DAYA,pemilik hatinya bernama Azni,semoga kamu kekal ke anak cucu. Mariam@AM@Meri@CIK YAM banyak nya panggilan . Haha. Dia ni orang Pahang. Orang tok gajah. Penyokong tegar tok gajah,aku pun tak tahu. Najwa@WAA@JUA,dia ni pun orang perak,dia punya bf Edward Cullen malaya ‘mr.vampire’. Yang terakhir SHARIFAH AMIRAH HUSNA@@mira,hamboi panjangnya nama diakan. Tapi,ada satu hal. Selalunya jugak lah dalam sem3 ni,group task kami akan bersama seorang mamat pemalu ni,Fadli@PADDLE.
SF. Lama tak dengar khabar darinya. Rindu kat kawan aku yang seorang ni.
Rasanya. Habis dah aku cerita. Nak tahu apa lagi ? Ohh. Anak buah aku ? Dia dah pindah sabah bha. Sedih. Akak aku sampai tidur peluk bantal dengan baju anak buah dia. Punya rindukan anak buah dia. Aku? Aku steady je . Haha.
Ouh ya. Nurul Syazwani@kak wani. Senior PRA-U aku dulu. Kenapa dengannya ? Dia dengan kak syima,senior aku sekarang. Sangat banyak persamaan. But,satu tentang kak wani. Dia still ingat aku. Terharunya. Haha. Boleh di katakana kak syima dan kak wani 90% peratus sama,umur?Sikap?Cara?Gaya pemikiran?Cara berpakaian?Cara cakap?Muka?Ketinggian? . Hampir sama semuanya.
Lagi nak bercakap tentang siapa ya ? Entah tiada siapa yang aku nak cakap lagi. Kejap. Fikir fikir fikir. Ya ! Mari bercakap soal politik . Tahniah YB Mas Ermieyati yang telah Berjaya menjadi ketua puteri umno Malaysia. Tahniah setinggi-tinggi tahniah. Ketua puteri masjid tanah ? Kan bagus abam yang jadi. Tapi,abam tak nak. Tak boleh paksakan. YB EMY orang scorpio juga rasanya .
Okay. Tadi bercakap soal umno. Sekarang bercakap tentang pakatan rakyat. YB Nurul Izzah Anwar. MP Lembah Pantai. Aku sangat mengagumi beliau. Seorang wanita yang cekal,tabah,bijak,berani,cantik lagi . Dia orang berzodiak scorpio 19 NOVEMBER. Kami kongsi bulan yang sama J. Bagi aku dia seorang wanita yang hebat. Bak kata orang ‘awesome’. Majulah kaum hawa memperkasakan,memajukan negara!!
Lagiiii . Nak merepek pasal apa ya ? Hah sukan ? Bola? Sayang Melaka tak da bola.  Atmvskel ? Sarvspah ?? Aku memilih ATM dan SARAWAK,#encangsarawakencang #golbanyakbanyak #ngapsayut ( maaf kalau salah,ini ikut suka aku je. ) kenapa ATM? Der,tak rugi tengok ATM,sambil tengok bola. Sambil layan band,Lagu Tegar lagi dia main di stadium selayang. Bola orang putih pula. Aku minat city,YB Izzah minat arsenal . Laliga,aku minat barca dengan realmadrid. Bola sepak dunia? Aku minat sepanyol ya tentu,dengan argentina. Ada messi. Yang penting,bola Malaysia tetap di hati.
Kita cerita pasal artis ? Aku minat Miley Cyrus. Kasihankan dia. Peminat ada yang mengutuk. Bagi aku,dia begitu bersebab. Masa akan memulihkan keadaan. Artis tempatan ? Aku suka.. Hurmm .. Hurm .. Macam tiada. Hah ! Ada,NORA DANISH dengan BOSSNED. Apa pasal bossned ? Rambut dia style gila . Aku suka tengok rambutnya. Smart,comel. Zara Zya,ILMA. Dia comelkan. Bila buat giyomi. Haha. Comel-comel-comel .
Lagu ? Sekarang ni carta musicbox phone aku. Di tempat #1 : Miley Cyrus-wrecking ball. #2 Miley Cyrus-we cant stop. #3 Repvblik- sandiwara cinta. #4 Repvblik- telah ku berikan. #5 Repvblik- kasih dengarkan. #6 Green Days-boulevard of broken dream.
Panjangnya karangan aku hari ini J apapun. Kepada semua pelajar-pelajar politeknik ungku omar. Selamat menduduki peperiksaan akhir.

#nowplaying sandiwara cinta ( teringat abam. Dia suka putar lagu ni siang malam. Haha. )

ARIKAYS KEER
IPOH
22/10/13

Wednesday, 16 October 2013

SEDIKIT TENTANG RASA

Assalammualaikum w.b.t

Hari  ni khamis,17 oktober 2013 . sabtu ni hari jadi FAW yang ke-20. Tak tahu nak belikan hadiah apa. Dia balik kampung dan biasanya jika dia di kampung memang dia sibuk dengan aktivitinya . tapi,aku bukan nak cakap pasal FAW. Aku nak  cakap pasal si degil ganda 10 . belakangan ni,entahlah. Aku macam ada buat salah dengannya . apapun ada aku atau tak,hidup dia tetap happy . kalau aku ada buat salah. Dia patut cakap . ada sesuatu di twitternya dan sumpah aku sentap . but,keep smiling . aku mungkin bersikap kebudak-budakkan dengan buang no.phone dan semua berkaitannya. But,kalau aku simpan. Nanti aku kacau dia. Tak sampai 3 bulan pun kami kawan . hahaha.. lawak betul . samaada aku yang berubah atau dia yang berubah . biarlah . malas fikir. Dia tak pernah cari aku,jadi maknanya dia tak perlukan aku.
Semalam,rabu,16 oktober 2013. Aku pergi jumpa kaki ika. Rindunya pada dia . jumpa kejap . tak sempat lepaskan rindu. Aku bagi dia sekotak coklat . sama macam aku bagi pada si degil ganda 10 . aku sayang kaki ika macam akak sendiri . walau apa aku buat dia tak pernah tinggal kan aku. Kalau aku ada buat salah or pape,dia akan tegur. Sebab tu aku dengan dia kekal sampai sekarang J macam-macam terjadi. Awan dah pindah sabah . rindunya kat anak buah aku tu.

Sampai aku rajin menaip J

Arikays keer
17/10/13

melaka

Saturday, 28 September 2013

SMA

TERLALU SULIT UNTUK UCAPKAN RINDU,
DI BETES EGO DAN KEBENCIAN,
SAYANG ?? RINDU ?? DI PADAM KASAR KEKHILAFAN,
CERITANYA HANYA KITA YANG TAHU
KISAHNYA RAPINYA DALAM LIPATAN KENANGAN,
BAHAGIANYA HANYA AKU YANG INGAT,
DERITANYA KITA SAMA RASA,
SAAT MASA BERHENTI,
RINDU MENGUASAI DIRI,
BUAT SEKETIKA,
MENANGIS HANYA AKU SENDIRI,

ARIKAYS KEER
10.40 AM
29/9/13

IPOH

KESILAPAN DAN KAWAN

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini 29/09/2013 . hampir sepuluh (10) bulan . ya Allah,tenangkanlah hambamu dan sabarkanlah aku. Kuatkanlah diri ini,hati ini,jiwa ini dan perasaan ini untuk melupakan dia. Sesungguhnya tidak tertanggung rinduku ini.
Setiap manusia tidak mampu dan boleh lari dari melakukan kesilapan. Kecil mahupun yang besar. Akan tetapi,manusia mampu mengelakkan dari membuat kesilapan. Kesilapan aku memakan diri ini . meleburkan persahabatan yang aku sendiri bina.
Sejujurnya,jauh di sudut hati aku. Masih terpalit sedikit rindu. Walaupun aku mampu buang dia jauh,aku mampu nafikan namanya. Aku tahu,aku sangat-sangat merindui dia beberapa hari yang lepas. Keluar dari kelas. Aku terpandang dia . lama aku tak Nampak dia senyum dan gelak . sebab selama ini aku yang buat dia tersenyum dan tergelak. Aku  mimpikan dia. Aku rindukan suara dia dan jelas dalam mimpi itu aku dengar suaranya. Kalaulah aku di beri peluang . apapun aku buat untuk tebus persahabatan kami ..

Arikaysnc
29/09/13
Ipoh
10.11 am


Wednesday, 18 September 2013

Kangen Band - Jangan Menangis Lagi

Kangen Band - Jangan Menangis Lagi

aku jatuh cinta lagi
untuk yang kesekian kali
dan kurasa tapi kali ini
ku temukan cinta sejati
yang tinggal dalam palung hati

mahligai cinta yang sejati
kurasa aku cinta mati
wanitanya seorang pelacur
ku temukan di sudut malam
ku lihat dia sedang menangis
sedang menangis, sedang menangis


****

sudahlah jangan menangis lagi
dengarlah kekasih aku di sini
sudahlah lupakan masa lalumu
peluklah tubuhku ku bersamamu

Tuesday, 17 September 2013

Monday, 16 September 2013

HANYA CERITA KECIL SEORANG BUDAK MENTAH

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah . KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA MSP KALI KE XVII 2013 PUO JOHAN KESELURUHAN ..  Kelemahan aku,aku cepat suka orang . jangan salah faham . hanya suka tengok atau pun berkawan. Begitu juga dengan seorang manusia yang aku panggil F . aku tak pernah tegur dia. Tak pernah kenal dia pun. Cuma ia bermula lepas aku conteng katak dekat buku notanya. Dia sukakan katak . entahah . aku memang sengal. Haha .. then esoknya dia tengok gambar2  katak yang aku buat untuk si  degil ganda sepuluh.. dia nak yang cm tu. To bad.. katak2 aku hanya utk orang yg tertentu... dia mahukan one piece.. hahaha.. aku memang tak tahu apa bendanya. Jadi untuk tidak hampa kan seorang kawan.. aku tetap lukis... walau pun hodoh. Apa pun boleh :P .... aku bagi dia coklat kegemaran aku sebab aku tak tahu coklat kegemaran dia .. dannn kami sebenarnya berkongsi minat pada coklat yang sama.. itu hadiah pertama dan terakhir aku .. i donno .. hahaha.. aptb ...

Sampai aku rajin menaip lagi J
Arikaysnc

17/9/13..2.38 pm..ipoh

Sunday, 8 September 2013

BUDAK MENTAH @jalananmerindupenuhsesal


BUDAK MENTAH 

aku budak mentah
pejalan di lorong sepi
berteman rindu di hati
di bataskan ego menebal
apa akhir kisah kita
hanya kita yang tahu
cerita cinta cinta kita
hanya kita yang mengerti
aku manusia biasa
terlanggar dinding kesilapan
hingga parah lukanya dalam
tutuplah dengan berjuta daun maaf
luka masih berdarah
kau aku
kisah kita hanya dalam lipatan sejarah
yang kau simpul mati benci di hati
maafkan aku
aku mengerti keberadaan ini menyusahkan hati
aku berundur pergi
maafkan aku.. akhir kisah ini tambah luka di hati


_arikaysNC_
9/9/13..11.28am..ipoh



Saturday, 7 September 2013

ORANG BARU,BENDA BARU,CERITA BARU :)

Assalamualaikum w.b.t

Sejak dapat computer baru ni hamboi 24jam sehari,7hari seminggu depan laptop... hahaha.. tidaklah.. kebosanan memaksa aku memblogkan diri dan tulisan... selalunya,samaada ada di padang@di gym... MSP(majlis sukan politeknik) hujung minggu ni.. aku belum sedia.. tulang tangan kiri lari 0.1cm dari kedudukan asal.. fisio kata jangan ambi risiko.. tapi,ini yang aku mahu selama ini... dari sekolah menengah..
Ouh ya... windows 8 semakin ramah dan mesra dengan aku. Alhamdulilah ! terima kasih kepada mereka yang member saya lappy baru.. saya masih pengguna HP J....beza nya dulu pakai notebook,but angah kata..pakai lappy besar senang buat apapun. Okaylah my angah sayang !
jadi bongsu ini best ! apa pun kita nak ! semua kita dapat ! hehehe.....
Tapi,aku bukan hanya nak kebendaan. Aku nak perhatian.. aku nak di manja.. bukan tiap hujung minggu dapat mesej “ dik duit dah masuk”...... ada someone lately bagi aku perhatian..siapa lagi,kakak baru@kawan baru...si degil ganda 10...dan lately dia buat aku perhatikan dia... berkawan dengan dia,aku belajar 1 benda... mengalah.. dia ego..but trust me,she look hard,but she don’t..ataupun mungkin aku belum kenal dia...
Pukul 4 pagi tadi,aku dapat sms,berbunyi begini “salam,ui budak..dengar ada org tu tak sihat..jaga diri baik2..maaf hari tu tak dpt ikut lunch_chipsmore_”....... erk ????? chipsmore ?!?! jap ! chipsmore capital A or chipsmore sabah aku ???heheheheheheheehehehehehehe.........mana dia dapat no aku ? dan mana dia tahu aku ?? kak ira ?? no way,kak ira akan cakap...aku reply textnya..dan macam biasa...diakan chipsmore.. so dia HILANG...haahaha... ha.ah,hari tu keluar lunch dgn si degil ganda 10,kak ira n kak sara.. spttya just dgn si degil ganda 10..but,memandangkan aku segan.. so aku bawalah mereka berdua... dengan harapan,chipsmore dpt join..hurm L.....
kalau si chipsmore sabah,yerp..aku lunch dgn mika n tera..but..hmmm..tah ah...

_arikaysNC_

8/9/13..9.15am..ipoh

SUATU KATA@RASA UNTUK DI KATA@DI RASA :)

Kenyataan dan realiti ?? Benda yang sama atau berbeza ?? Aku sendiri sedang mencari jawapan pasti. Kenyataan bagi aku adalah sesuatu yang aku,dia,kau dan kau tidak boleh ubah. Misalannya,kenyataan menjadikan aku seorang hawa dan kau adam. Ia kenyataan. Tidak boleh di ubah atau berubah. Realiti ?? Bagi aku,reality itu penuh kepalsuan. Macam aku sekarang.  Aku secara rasmi dengan S,seorang pelajar  di sebuah universiti tempatan di tempat kami. Pelajar ijazah,dalam bidang yang dia tidak suka. Semester yang bakal bermula 9 september ni merupakan tahun akhir dia. Dia kata tak nak belajar lagi. Nak kerja..... 4 tahun bukan tempoh masa yang pendek kan ?? Macam-macam kami tempuhi bersama dan terima kasih awak. Susah senang awak dengan saya..
Realitinya memang aku dengan dia,but,aku tetap ada orang lain..... Mungkin sebab sikap aku suka berkawan dan melayan ?? Relaxlah.. Hanya kawan.. Mereka hanya untuk suka-suka.... 4tahun tidak akan di gugat dengan 4hari.. Itu prinsip aku...
Makin lama aku makin bosan hidup dekat ipoh ni. Rasa macam tak nak belajar. But aku kuatkan hati ini untuk masa depan semua orang. Aku masih di sini sebab benda yang aku minat. Sukan. Kalau tidak. Lama aku chau chin chau.... Sejak naik semester tiga ni. Every week aku balik. Patutnya minggu ni aku nak balik... Tapi,ada masalah dengan tahap kesihatan aku. Aku tak jadi balik. Aku balik sebab nak kirim hadiah capital A pada kak ira.... Hari jadinya 17 september,aku baru lepas temasya MSP. Jadinya aku kirim saja...  Entahlah,maybe sebab aku suka tengok dia kot. Chomell and blurr.. Hahaha....
Setiap orang ada cerita dan kisah sendiri....  Dan setiap orang mampu buat jalan cerita sendiri... “ matahari muncul di malam hari”.......apa maksudnya ?? Hanya dia saja yang mengerti pengertian sebenar..dan bagi aku... Entahlah.... Sejujurnya saat ini aku teramat rindukan seseorang. Benar aku mampu dan aku telah buang dan hapuskan dia dari minda aku,tiada sayang dan tiada rindu. Namun dia masih berada di satu ruang kosong,jauh dalam hati aku.... Tidak aku nafikan,ya aku mahukan dia...
Semalam aku call zirah...my buddy...my sayang.. Kawan baik aku selamanya... Penuntut ijazah di UPM... Aku masih diploma..tahniah kawan... Aku ejek dia anak alam @alamputra.... Lepaskan rindu dengan dia... Aku risaukan dia.. Tapi,aku kena percaya yang dia mampu survive...harap-harap ! Apa pun,kita tetap kawan sampai bila-bila !!
Sampai aku rajin menaip lagi J


_arikaysnc_
8/9/13...8.38am..ipoh

AIDANARIANA :)


ADAM DAN HAWA
KUALA LUMPUR, 1 JANUARI 2011.

“ SELAMAT PAGI  BONDA. SELAMAT PAGI AYAH. PAGI YANG INDAH DAN BERTAMBAH INDAH DENGAN MEMULAKAN HARI DENGAN SARAPAN YANG MAK ARYA BUATKAN? HUHU..” SEORANG LELAKI LINGKUNGAN 20’AN DENGAN KEMEJA PUTIH BERJALUR COKLAT SEGAK PENAMPILAN DAN BERKARISMA. SUNGGUH KACAK DAN MAMPU MELEBURKAN SETIAP HATI BUNGA SUNTI YANG KEMBANG MEKAR.
“ WA’ALAIKUMUSALAM WAHAI ENCIK PATOGEN. AWAK TU MUSLIM BUKAN ‘NON-MUSLIM’. AWAK TU ORANG TIMUR  KETURUNAN DATO’ BAHAMAN. BUKAN KETURUNAN CHRISTOPHER COLUMBUS. AWAK  HARUS SEBERANI DATO’ BAHAMAN DAN AWAK MUNGKIN  HARUS MENGIKUT KEBIJAKSAAN CHRISTOPHER COLUMBUS  TAPI BUKAN JADI DIA FAHAM?”  SEORANG BUDAK PEREMPUAN DENGAN RAMBUT PANJANG MENCECAH KE PINGGANGNYA DENGAN BAJU BERLENGAN PANJANG DAN BERSELUAR ‘SLACK’ BERWARNA PUTIH MENAMBAH KEAYUAN PADA WAJAHNYA YANG BERONA MERAH.
“ IYALAH. ABANG TAHU. ASSALAMUALAIKUM CIK ALERGEN. HISH NASIB BAIK COMEL KALAU TIDAK.” PEMUDA ITU SERAYA MENARIK PIPI ADIKNYA DAN MENCEBIK PADA ADIKNYA. GELARAN ‘PATOGEN’ ADALAH ISTILAH BIOLOGI YANG MEMBAWA MAKSUD PENYAKIT ATAU BAKTERIA DAN ISTILAH ‘ALERGEN’ MEMBAWA MAKNA SESUATU BAHAN YANG MENYEBABKAN ALERGI ATAUPUN ALAHAN.
“ SERING SAHAJA APABILA BERSUA MUKA PASTI KAMU BERDUA AKAN BERTEKAK. MENGALAHKAN ANJING DAN KUCING. YANG KAMU BERDUA SALING MENGGELARKAN DIRI MASING-MASING KENAPA? MAHU MASUK PERTANDINGAN BIOLOGI? KAMU AIDAN PATUTNYA BAGI ADIK KAMU CONTOH YANG BAIK INI KAMU PULA YANG MELEBIH-LEBIH.” ENCIK  NAUFAL MEMULAKAN MUKADIMAH PAGINYA DENGAN TAZKIRAH KEPADA PUTERA SULUNGNYA.
“ HA ITULAH ABANG,ADIK KATA JANGAN BELA KUCING SEBAB NANTI BILA KUCING KITA BERTEMU ANGJING ENCIK FUNG MESTI MEREKA BERGADUH. UNG!!MEOOWWW!!. BETUL TAK BONDA?” GADIS ITU HANYA SEKADAR  MENGAJUK BUTIR BICARA AYAHNYA.
“ARIANA!” EE BUDAK SEORANG NI. SUDAH MAKAN CEPAT. NANTI SEJUK MAKANAN ITU. MEREKA BERDUA MERUPAKAN PUTERA DAN PUTERI TUNGGAL ENCIK NAUFAL DAN PUAN SURAYA. MEREKA BERDUA DI TATANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH. LEKA MEREKA MENIKMATI HIDANGAN SARAPAN PAGI MEREKA BUNYI PANGGILAN TELEFON MEMECAH KESEPIAN PAGI. BERLARI ANAK ARIANA MENGANGKAT PANGGILAN ITU. WAJAHNYA DARI ‘BLUR’ BERUBAH GEMBIRA. DIA KEMUDIAN BERLARI KE ARAH STOR DAN MENGELUARKAN PAPAN LUNCURNYA DAN KASUT ‘SNICKERS’ BERWARNA BIRUNYA.

“ BONDA,AYAH ARIANA MAHU KELUAR YA. TEMAN AJAK BERMAIN PAPAN LUNCUR. KAN ELOK UNTUK KESIHATAN. PERGI DULU YA NANTI SEBELUM JAM 5.60 PETANG ARIANA PULANG.
“ISH! MAIN KELUAR SAJA BUDAK INI. ARIANA! JANGAN PULANG SENJA NANTI SYAITAN IKUT KAU PULANG NANTI AYAH TAK NAK TOLONG.” ENCIK NAUFAL HANYA MAMPU MENGGELENGKAN KEPALANYA.
“OKAY!” ARIANA BERLARI KELUAR BERSAMA PAPAN LUNCURNYA.
“ SU,TAK TAHU PULANG ABANG KITA ADA DUA ANAK TERUNA. SU NASIHATLAH ANAK DARA KITA ITU. DIA ITU ANAK DARA SUNTI SU. TERKINJA-KINJA MACAM MONYET MAKAN BELACAN. BERMAIN PAPAN LUNCUR,BERCAMPUR DENGAN BUDAK LELAKI.PEREMPUAN ATAU APA ITU.”
“ DULU ABANG JUGA YANG TURUTKAN KEHENDAK ARIANA TU. APA DIA MAHU ABANG BAGI SEKARANG SALAH SIAPA? BAGAIMANA ACUANNYA BEGITULAH KUIHNYA. SUDAHLAH,AIDAN PERGI BASUH TANGAN LEPAS MAKAN PERGI TENGOK ADIK KAMU. KALAU KENA TERJATUH MAMPU JUGA BONDA BELI UBAT. KALAU KENA ROGOL MANA MAHU BONDA BELI MARUAH ADIK KAMU BALIK.” PUAN SURAYA YANG HANYA SEKADAR MENJADI PENONTON KINI MENGELUARKAN TARINGNYA.

EXTREME PARK,1 JANUARI 2011.

AIDAN HANYA SEKADAR MENURUT PERINTAH BONDANYA. ADA BENAR PADA BICARA BONDANYA. ADIKNYA SANGAT PENTING,SEBAGAI ABANG DIA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA DAN MELINDUNGI KEHORMATAN ADIKNYA. WALAU MACAM MEREKA BERTEKAK AIDAN TETAP MENYAYANGI ADIKNYA. HANYA BERTEMANKAN AWAN PADA PETANG ITU AIDAN BERJALAN SEORANG DIRI,TIBA-TIBA DIA TERDENGAR JERITAN ADIKNYA DI BALIK SEMAK. DALAM HATINYA BERKIRA-KIRA BAHAWA SESUATU YANG BURUK MENIMPA ADIKNYA.
“ HOI.APA KAU BUAT PADA ADIK AKU. SYAITAN KAU SEMUA. SIAL! NAHAS KAU!” AIDAN MELIHAT ADIKNYA DI GANGGU SEKUMPULAN SAMSENG JALANAN DIA MENCAPAI SEBATANG BERUTI DAN MENGHENTAK SEORANG LELAKI YANG CUBA MENGGANGGU ARIANA.
“ TUNJUK HEBAT YA. KAU FIKIR BADAN KAU TEGAP AKU TAKUT. GENG,KERJAKAN DIA.” KUMPULAN ITU MENGELUARKAN PISAU DAN KAYU ‘BASEBALL’ DAN MENGERJAKAN AIDAN. TERUK DIA DI BELASAH. NAMUN BUNYI SIREN POLIS MEMBUATKAN MEREKA LARI BERTEMPIARAN.
“HAH LARILAH. KAU TAHU AKU NI AIDAN TAU!. KETURUNAN DATO’ BAHAMAN TAHU!. TUI. PENGECUT. ADUI PATAH GIGI AKU. SAKITNYA. MACAM RASA TERBAKOR JE. HEHEHE.” AIDAN MASIH SEMPAT BERLAGAK KUAT WALAUPUN TERUK DI KERJAKAN.
“ KENAPA KAU TUNJUK LAGAK.” ARIANA SEGERA MEMIMPIN TANGAN ABANGNYA.
“SEBAB AKU LELAKI.”
“AIDAN.”
“HMM.”
“KENAPA KAU SELALU PERTAHANKAN AKU. KENAPA BILA AYAH MAHU ROTAN AKU KAU YANG TADAH TANGAN. KENAPA BILA AKU BERGADUH KAU SANGGUP JADI BELASAHAN. HARI ITU AKU NYARIS KEMALANGAN KAU YANG SELAMATKAN. BILA AKU KENA DENDA DENGAN AYAH KAU AKAN BUAT DENDA TU. KENAPA?”
“ SEBAB KAU ADIK AKU.” AIDAN HANYA BERWAJAH SELAMBA TANPA APA-APA PERASAAN.
“KAU HALANG AKU MAIN PAPAN LUNCUR. KENAPA.”
“ SEBAB AKU TIDAK MAHU KAU TERLUKA.”
“SEPATAH. SEPATAH. AKU TUMBUK KAU KARANG.” ARIANA MENUNJUKKAN PENUMBUKNYA YANG COMEL.
“NANTI AKU MATI.”
“BIARLAH.”
“KAU TAK SAYANG AKU?” AIDAN MENARIK TUBUH ARIANA MENGHADAPNYA.
“TAK.”
“BETUL?”
“EMM.”
“ BIARLAH AKU MATI KALAU MACAM TU. TAPI NANTI SIAPA MAHU JAGA KAU. TUGAS KAUM ADAMKAN MENJAGA KAUM HAWA YANG LEMAH.”
“ AKU TIDAK LEMAH!!”
“LEMAH!”
“ BUKTINYA?”
“ ITU AIR MATA KAU. KAU MENANGIS BILA KENA KACAU. BILA KAU KENA MARAH. BILA AKU SAKIT. TAPI AKU KAUM ADAM YANG GAGAH,KENA PUKUL SAMPAI PARAH PUN TIDAK MENANGIS.”
“KAU SAYANG AKU TAK?” ARIANA MEMELUK LENGAN ABANGNYA.
“SEDALAM LAUTAN.”
“ KAU JAGA AKU DARI KECIL. KAU LINDUNGI AKU. SENTIASA BERKORBAN UNTUK AKU. TERIMA KASIH.” SATU CIUMAN DI HADIAHKAN PADA PIPI KIRI AIDAN.
“ AKU TERINGIN PAKAI BAJU MELAYU PUTIH DAN TENGOK KAU PAKAI BAJU KURUNG PUTIH. KITA SEDONDON. PUTIH ITU SUCIKAN.”
“ AKU SUKA MERAH.”
“ PUTIH ITU SUCI ARIANA. AKU SAYANG KAU MELEBIHI NYAWA AKU. AKU AMAT MENYAYANGI KAU ARIANA. AKU TETAP SAYANG KAU WALAUPUN KAU NAKAL DAN KASAR.”
“ KAU KATA KAU SAYANG. TAPI KAU TIPU AKU. AKU DENGAR SEMALAM. JANGANLAH SELINDUNG LAGI AIDAN.”
“AKU..ERM... DAH SENJA JOM BALIK NANTI BONDA MARAH BALIK SENJA. KAU TAK NAK BERUBAH?. AKU NAK TENGOK KAU JADI AYU.”
“NANTILAH.”
“BILA?”
“ ENTAH.”
“ SAMPAI AKU MENUTUP MATA?”
“ LAGU ACHA SEPTRIASA TU.” KEDUA BERADIK ITU MEMPERCEPATKAN LANGKAH MEREKA SUPAYA TIDAK LEWAT SAMPAI KE RUMAH JIKA TIDAK PASTI TERUK DI MARAHI AYAH.




KEDIAMAN AIDAN DAN ARIANA.

MEREKA HANYA DUDUK DI TEPI DI TEPI KOLAM SAMBIL AIDAN BERPUISI SAMBIL MEMETIK GITAR. ARIANA HANYA SEKADAR  MENJADI PENONTON.  DIA TIDAK  BERBAKAT  SEPERTI   ABANGNYA  YANG  MAMPU  BERMAIN GITAR  SAMBIL  BERPUISI.
“ LAGU APA KAU NYANYI?” ARIANA MULA BERASA BOSAN DENGAN KEADAAN ITU.
“BUKAN LAGU.IA  PUISI.  KAU AKAN BERASA TENANG  JIKA  KAU LUAH  PERASAAN  KAU DALAM  PUISI.”
“EMM.  CUBA KAU  BERPUISI.”
“ AKU SEGANLAH........ ARIANA, ITU AYAH KENAPA YA?” AIDAN DAN ARIANA BANGKIT DARI TEMPAT DUDUK MEREKA.
“ARIANA!!ARIANA NUR HAWA!! KE SINI KAMU......  NAK KENA BUDAK NI ! AYAH TATANG KAMU PENUH KASIH SAYANG. AYAH TUNAIKAN PERMINTAAN KAMU. INI APA??!! ROKOK! PEREMPUAN APA YANG MEROKOK HA?! PEREMPUAN JALANG TAHU.ARIANA! SIAP KAU!”
“ INI..INI BUKAN ROKOK ARIANA AYAH.”
“ HABIS SIAPA PUNYA DALAM BEG KAU PULA?!” SATU PENAMPAR HINGGAP PADA PIPI ARIANA.
“ SAKITNYA AYAH. MAAFKAN ARIANA AYAH.” ARIANA MENANGIS MENGHARAPKAN BELAS.
“ AYAH JANGAN PUKUL ADIK. ITU ROKOK ABANG. PUKULLAH ABANG. ROKOK ABANG YAH.”
“ AIDAN?! AKU TAK AJAR KAU MEROKOK. AKU NAK KAU JADI MANUSIA BUKAN SETAN.”
“ SAKIT AYAH. AMPUN AYAH. SAKIT YAH.”
“ ANAK KITA BANG. JANGAN BANG.”
“ AYAH JANGAN PUKUL ABANG LAGI.” ARIANA HANYA MAMPU MENANGIS.
“ DIAM!! MALAM NI KAU TIDUR LUAR. ANAK TAK KENANG BUDI! SURAYA!ARIANA! MASUK!”
MALAM ITU ARIANA CURI-CURI KELUAR UNTUK MELIHAT AIDAN. TERUK ABANGNYA DI BELASAH. KASIHAN AIDAN.
“ ADUI.PERLAHAN SEDIKIT.  KAU NAK  AKU MATI KE.”
“ KAU MEROKOK?”
“ TIDAK. HARI ITU ADA BUDAK TUMPANG SEBAB ADA ‘SPOTCHECK’.”
“ DADA AKU SAKIT SANGAT. YA ALLAH..ARHH..SAKIT!”
“AIDAN? HEI AIDAN JANGAN MAIN-MAIN.AIDAN!!”


BILIK KECEMASAN.

AIDAN SEDANG DI RAWAT DI DALAM BILIK KECEMASAN. KEADAANNYA TENAT.
“ DOKTOR BAGAIMANA KEADAAN AIDAN.” PUAN SURAYA MULA TIDAK SENANG HATI MENANTI PERKHABARAN AIDAN.
“MAAF PUAN. DIA MASIH TENAT. AIDAN MEMERLUKAN PEMBEDAHAN. DARAH BEKU MENGHALANG JANTUNGNYA BERFUNGSI DENGAN BAIK.” DOKTOR ITU MENERANGKAN SATU PERSATU TENTANG KEADAAN AIDAN.
“ANAK AKU. AWAK PEMBUNUHNYA! AWAK PUKUL AIDAN!”
“ YA ALLAH. ANAK AKU. MAAFKAN AYAH AIDAN.” ENCIK NAUFAL HANYA MAMPU MERINTIH ATAS KEKHILAFANNYA.
“ SABAR BONDA. SABAR AYAH.” ARIANA CUBA MENENANGKAN IBU BAPANYA.


KEDIAMAN ARIANA.

ARIANA HANYA MAMPU TERMENUNG MERINDUI ABANGNYA. MEMEGANG ERAT GITAR ABANGNYA. SUMBANG BUNYI PETIKAN GITARNYA. .....DIA BERPUISI MENGIKUT ALUNAN HATINYA.
“HIDUP ADALAH KENYATAAN DAN KESEDIHAN INI ADALAH REALITI. PILU MENANGKAP SANUBARI SAMA BILA ADAM DAN HAWA DI CAMPAKKAN KE BUMI. HANYA TANGISAN MENGIRINGI LANGKAHKU  KINI. SUMBANG TEMPONYA UMPAMA GITAR PUTUS TALINYA. AIDAN.”
ARIANA NUR HAWA,
ENGKAU ADALAH HAWA DAN AKU ADALAH ADAM,
TERCIPTA HAWA DARI RUSUK KIRI ADAM.
SEBAGAI ISTERI DAN PENDAMPING SETIA,
TUGASKU ADAM,
UNTUK MELINDUNGIMU DENGAN NYAWAKU,
UMPAMA BULAN TANPA BINTANG..SEPI,
UMPAMA ROMEO TANPA JULIET..SENDIRI,
BEGITU ADAM TANPA HAWA.
“AIDAN?!?”

PEMBEDAHAN AIDAN BERJALAN LANCAR. NAMUN SEMASA AIDAN BERTARUNG NYAWA UNTUK KEMBALI PADA YANG NYATA....DALAM PADA MASA YANG SAMA ARIANA DI TIMPA KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL UNTUK MELIHAT AIDAN. ....2 MINGGU TELAH BERLALU. ARIANA MASIH KOMA.


“ARIANA. MAAFKAN AKU. IANYA SALAH AKU. KERANA AKU KAU JADI BEGINI. KALAU KAU TIDAK KE BUTIK ITU UNTUK MENGAMBIL BAJU KITA MESTI KAU TIDAK KEMALANGAN. MAAFKAN AKU. AKU SAYANG KAU. AKU CINTAKAN KAU. KAU TETAP ADIK AKU WALAUPUN KAU BUKAN ANAK AYAH DAN BONDA.” AIDAN MENGALIRKAN AIR MATANYA UNTUK ADIK DAN GADIS YANG DI CINTAINYA.

AIDAN,
BENAR TUGAS KAUM MU ADAM,
MELINDUNGIKU DAN BERSETIAKAN AKU,
MENCINTAIKU DAN MENYAYANGIKU,
AKU ADALAH NYAWAMU,
AKU ADALAH HIDUPMU,
KERANA HADIRKU DARI RUSUK KIRIMU,
ADAM,
SAAT ADAM DAN HAWA DI CAMPAK KE BUMI,
TERPISAH MEREKA,
ITU ADALAH KEHENDAK ALLAH,
DAN KITA BERPISAH JUGA ATAS KEHENDAKNYA,
REDHAKANLAH PERPISAHAN INI.

“ ARIANA?! BANGUN SAYANG. JANGAN TINGGALKAN AKU. BANGUN!! JANGAN BUAT AKU MACAM INI.”
“ AIDAN. ARIANA SUDAH MENINGGAL DUNIA.”
“ TIDAK!! ADIK AKU KUAT. BANGUN ARIANA. TOLONGLAH. BANGUN.”

AKU LEMAH AIDAN,
AKU TIDAK BERDAYA,
TATAPLAH AKU DALAM KAIN PUTIH YANG SUCI,
YANG KAU MAHUKAN,
SELAMAT TINGGAL AIDAN.


_arikaysNC_
7/9/13...10.04pm..ipoh