Thursday, 24 October 2013

Cita-cita budak mentah nak jadi PM ^^

Assalammualaikum w.b.t

Jika anda membaca post atau entri Keer yang lama pasti anda semua tertanya-tanya,mengapa Keer berbicara soal politik. Dulu cita-cita Keer nak jadi Perdana Menteri. Cita-cita budak-budak,biasalah. Setiap orang ada impian dan angan-angan masing- masing.

Namun,andailah kata. Suatu hari nanti,betul dan benar Keer menjadi ahli politik. Menjadi pemimpin negara. Keer ingin ajar rakyat Keer dengan ‘PERCAYA,JUJUR,INTREGRITI,HORMAT DAN SELAMAT’. Ececehh ... berangan Keer ini. Baik Keer akan terangkan,mengapa Keer pilih ini.

PERCAYA : kepercayaan antara satu sama lain amat penting. Kepercayaan ini boleh kita pecahkan kepada beberapa bahagian.

1        .    EKONOMI – sebagai PM dan rakyat Malaysia kita perlu berganding bahu dan bersama memajukan ekonomi negara. Ambil contoh pelabur asing. Kita kena yakinkan dan buat mereka percaya melabur di Malaysia amat menguntungkan. Jadinya rakyat perlu mengelakkan perkara-perkara negative yang membuatkan pelabur jadi tidak percaya dengan keadaan Malaysia yang tidak tentu dan sukar di kawal.

JUJUR : Keer berharap,di saat Keer memimpin ( ANGAN-ANGAN ) tiada lagi rasuah,pecah amanah,penyelewangan dan penipuan. Keer nak,mereka yang bekerja bersama Keer mempunyai jati diri yang kuat dan hati tabah serta ikhlas berjuang demi negara dan rakyat. Mengapa ini perlu? Jujur bukan setakat wang,tenaga dan pengetahuan. Keer mahu semua merasakan yang sama.

INTREGRITI : Hal ini amat penting di semai dan di pupuk di kalangan masyarakat dan negara demi melahirkan modal insan yang terjaga duniawi dan ukhrawi. Ini akan lebih memantapkan negara di masa depan.

HORMAT : Keer mahukan rakyat Keer mampu menghormati pimpinan dan pemimpin yang di undi dan di pilih secara demokrasi. Keer ingin semua bersikap redha dan menerima keputusan yang ada dengan matang. Bukan menentang dan bersuara dengan kekerasan. Keer juga berharap,pemimpin-pemimpin di bawah Keer,menghormati rakyat negara ini. Dengan apa? Kotakan apa yang di kata. Dan Keer harap. Rakyat akan bersuara dengan lebih matang. Bukan dengan melakukan kekacauan. Setiap pihak harus menghormati hak masing-masing.

SELAMAT : Bagi Keer ini amat penting. Kesemua yang di atas yang Keer nyatakan tidak akan berguna jika SELAMAT di abaikan. Selamat apa? Minda,akal kita,diri kita,agama kita,maruah kita,harta benda kita,nyawa kita perlu di jaga keselamatannya. Islam sendiri mengatakan bahawa kita perlu menjaga keselamatan nyawa,maruah,agama,harta dan akal. Jika nak Keer terangkan panjang lebar. Jadi seeloknya anda membaca. Tambah pengetahuan.

Sebenarnya kalau mahu di terangkan apa keinginan Keer untuk Malaysia sangat panjang lebar. Jadinya,kesimpulannya. Keer ingin punyai sebuah kerajaan pimpinan yang mendidik,mengajar rakyat negara Keer dengan nilai-nilai murni dan waras seorang insan dalam memantapkan,memajukan dan memperkasakan negara.

Keer percaya bukan mudah untuk mendidik dan menyemai nilai murni ini. Namun,Keer berharap. Negara ini di pacu dengan kemajuan dan pembangunan yang tidak menolak nilai-nilai kemanusiaan. Keer ingin negara ini tahap kemajuan dan pembangunannya bergerak seiring dengan keharmonian dan kedamaian serta toleransi. Keer tidak ingin lihat negara yang  Keer terajui kucar kacir. Perbalahan sini sana. Biarlah semuanya di selesaikan di atas meja bulat dan bukan di hujung jari ( twitter dll ) . 

Keer ingin mengamalkan keterbukaan dan persahabatan serta menghormati. Walaupun fahaman politik kami berbeza. Keer ingin mereka duduk semeja dengan Keer. Bincangkan apa yang mereka rasa baik. Pembangkang atau kerajaan. Misi kita perlu sama. Rakyat kepentingan kita,Islam panduan kita. 

Jadinya inilah angan-angan Keer pada suatu saatlah jika ada rezeki Keer membina kerajaan dan Keer jadi perdana menteri. Hahaha .. lawakkan ?Tidak semestinya lawan tidak boleh menjadi kawan dan kawan tidak boleh menjadi kawan. Pembangkang ataupun kerajaan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.



Arikays Keer
25/10/13

Ipoh

POLITIK MALAYSIA - pandangan kecil budak mentah

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini Jumaat,25/10/13. Penghulu segala hari. Hari ini tiada yang istimewa pun. Cuma hari ini pembentangan bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah kerajaan pimpinan beliau usulkan. Sama-sama kita nantikan. Harap-harap bantuan buku 1 Malaysia ada lagi ? Hehehe... Ringan sikit beban para pelajar di pusat-pusat pengajian Malaysia. Apapun kita sama-sama berdoa yang kerajaan pimpinan DSNTR ini mampu lakukan yang terbaik. Namun begitu,YB Nurul Izzah Anwar dan PR juga telah pun mengeluarkan Belanjawan PR 2014. Untuk keseimbangan dan kesakmaan. Keer ambil keputusan untuk muat turun dan baca. Mengapa? Keer berpendapat bahawa kita perlu ambil tahu hal-hal bajet dan perbelanjawan negara. Untuk adil dan saksama,baca dan dengar keduanya. Terpulang kepada individu untuk menilai. Namun,sebaiknya. Keer menasihatkan bahawa apabila kita mendengar dan membaca kedua-dua belanjawan. Nilailah ia menggunakan akal kita,logik dan waras. Hal ini berkaitan negara. Jadinya. Tolak tepi fahaman kita,sama-sama kita hayati dan dalami. Mengapa? Supaya yang kurang bersesuaian dapat kita gantikan dengan lebih baik dan yang baik bersama-sama kita sokong tanpa perbezaan fahaman politik. Kiranya ambil yang jernih dan buang yang keruh. Keer percaya kedua pihak amat mementingkan rakyat dan masyarakat serta negara. Sebagai rakyat Malaysia,kita kena bersuara dengan cara yang betul untuk benda yang betul. Apapun kepada DSNTR dan YB Nurul Izzah MP Lembah Pantai. Keer nak ucapkan selamat ke atas belanjawan 2014 dan tahniah.
 YB Nurul Izzah merupakan idola Keer. Mengapa? Keer percaya,beliau seorang wanita kuat,cekal,tabah dan berani bersaing dengan ahli politik lelaki. Keer dari awal beliau bertanding di Lembah Pantai,Keer mengikuti perkembangan beliau. YB Nurul Izzah seorang yang boleh di katakan ‘beauty with brain’. Kalau anda semua mengikuti laman twitter dan instagram YB Nurul Izzah,pasti anda akan lihat cara beliau bertudung dan jujur Keer katakan beliau seorang yang ‘simple but superb’. Keer menonton video-video ceramah YB. apa boleh kata. YB Izzah pemimpin wanita yang lembut tetapi tegas. 

Begitu juga YB Mas Ermieyati ( Ketua Puteri Umno Malaysia) . Beliau merupakan ahli parlimen Masjid Tanah. Puteri pertama ( Melaka ) yang di naikkan menjadi ahli parlimen ( betulkan andai Keer silap ). Keer masih ingat 15 hari menjelang PRU13. Jentera-jentera puteri dan wanita Masjid Tanah semua bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan kepada calon yang bertanding. Jentera ampuh ini benteng terakhir kata mereka. Alhamdulillah. Jentera padu yang di kuasai wanita ini mampu.   Ini menunjukkan,bahawa wanita juga mampu bersaing dalam segala sektor,politik salah satu contoh.

Bagi Keer kedua-dua pemimpin wanita ini patut di jadikan contoh kepada wanita-wanita di luar sana. Dan Keer rasa,jika kedua-dua pemimpin wanita yang hebat ini. Duduk semeja. Tolak tepi fahaman politik masing-masing dan sama-sama berbincang akan untung nasib dan masa depan kaum hawa di Malaysia pastinya ada hasil yang mungkin luar biasa. Jika kedua pemimpin wanita ini,berbincang soal bagaimana kita nak memajukan wanita,memperkasakan wanita dan sebagainya. berbicara soal wanita masa ini,cara memantapkan ekonomi wanita dan hal-hal sosial melibatkan remaja perempuan. Ini hanya pandangan Keer sahaja. tapi bayangkan kedua yang hebat ini bergabung ( idea ) bukan politik. melahirkan agenda dan idea 'superb' bagi wanita.

Semua yang Keer tulis di atas,hanyalah sekadar pandangan,kata dan rasa seorang budak mentah. Mohon maaf salah dan silap. Apa yang Keer tulis,bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Justeru itu,Keer berharap sangat yang negara ini akan lebih maju. Jika ada mana-mana bahagian di atas yang Keer tersilap. Anda boleh menegur Keer.



Arikays Keer
25/10/13
Ipoh

Monday, 21 October 2013

BUDAK MENTAH DAN ORANG YANG ADA DI SEKELIINGNYA

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah . Kertas pertama peperiksaan akhir bagi semester 3 pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan iaitu kertas “ basic accounting” telah pun selamat kami jawab semalam,Isnin,21/10/13. Bertempat di M201(JP),Kampus Perdagangan,Politeknik Ungku Omar ( bakal menjadi universiti menjelang 2015 .. Ececehh ) seramai 33 orang calon ( kalau tidak silap ) dari DRM3 telahpun menghadirkan diri untuk peperiksaan akhir sem3,kertas pertama.
Okay. Sekarang berbalik pada aku . Alhamdulillah . Aku Berjaya menjawab,namun,kesilapan demi kesilapan aku buat semasa menjawab soalan objektif. Fokus aku lari. Fikiran ini menerewang entah ke mana. Apapun,aku harap selepas ini aku lebih fokus jawab soalan . Tinggal lagi dua kertas ‘retail operation 1’ dan ‘macroeconomics’ yang mana macro ini,membuat aku sedikit gentar. Aku harap aku pass semua kertas. Aku tak nak sangkut. Peperiksaan bakal berakhir 29/10/13,selasa. Tak sabar nak balik ke Melaka. Tak sabar menjalani latihan industri bermula 2 disember 2013 di salah sebuah gergasi peruncitan yang bertapak di Melaka.
49 hari. Aku dengan FAW mampu bertahan. Kami putuskan untuk jadi kawan. Ya kawan. Teman tapi mesra. Skandal lebih kurang . Dia baik. Suka dengar dia membebel. Cuma,aku rasa lebih baik kami jadi kawan. Sebab penat kot bebanyak ni. Macam-macam perangai ada.  FAW faham keputusan aku dan tiada apa yang berubah kot. Cuma status kami mungkin.
Capital A. Masing-masing melayan perasaan masing-masingkan. Aku tak tahulah aku bersama dia demi kepentingan aku,aku kasihankan dia atau aku memang sayang dia. Yang pasti,dapat dengar suara dia,memang hati aku rasa sedikit tenang dan senang. Satu perangai dia aku penat,manja dan mengada. Leceh. Tapi,aku dengan dia. Ada tembok antara kami. Kira aku macam orang ke-3 lah pula. Kami berkawan. Ya hanya berkawan. Aku rasa serba salah dengan M. Aku tak nak jadi ‘punca’. Tapi,aku harap M faham aku dengan A,kawan. Hanya kawan.
Aqif. Hari-hari bertekak. Hari-hari bergaduh. Penat dan letih. Yang Aqif ni ‘official’ aku . Dah bertahun aku dengan dia. Dulu dia okay je. Cuma sekarang dia banyak berubah. Dia kata dia berubah sebab aku. Aku berubah sebab dia,perangai dia ‘annoying’. Apapun jadi,kami still bersama. 4 tahun. Lamakan? Kalau sekarang Tanya aku,”sayang ke ?” . Jawapannya “aku tak tahu ..” Aku tak tahu kenapa aku still dengan dia. Kasihan ? Simpati ? Sayang ? Kalau aku sayang dia. Kenapa aku simpan A,FAW,N2,NSA dan AN ? Mereka ni hanya suka-suka ? Atau Aqif untuk suka-suka ? Ya aku tahu. Terukkan perangai aku.
N2. Aku tak tahu sampai bila lagi. Bukan tak sayang. Cuma,entahlah. Ikutkan kami hampir 1 tahun dah. Kawan. Aku selesa dengan status kawan. Tiada kecewa,tiada sakit hati. Dia baik. Sangat baik. Cuma biarlah masa menentukan kami. Berkawan lebih baik dari skandal.
NSA. Aku tak tahu aku sayang dia ke tak. Kenapa dia tunggu aku un tak tahu.
AN. Dia masih tarik tali dengan aku. So,aku pun main tarik talilah. Aku tak sayang dia sangat pun. Cuma,ego aku tercabar. Jadinya aku masih pegang tali dan teruskan permainan. Aku nak tengok dia kalah. Sebab aku tahu dia bukan seorang yang suka mengalah.
NC. Dia bukan skandal. Cuma seseorang yang akhir-akhir ni. Selalu berada di kotak fikiran aku. Seseorang yang buat aku nak tengok dia,dengar suara dia. Tapi,ada satu hal tentang NC. Dan aku sangat tidak menyukai hal itu.
Ezza Taufik . Senior aku di poli. Masa aku sem2,dia sem3. Terima kasih kak ezza. Selalu bagi nasihat. Dari sem2 hingga sekarang. Dia selalu bagi aku nasihat. Dia baik. Dia senior dan kakak yang baik.
Abam. Aku akan tersenyum dengar nama ni. Siapa dia ? Seseorang yang aku agak kagumi. Dia baik. Tidak pasti di mana kami bermula. Yang pasti,salah satu gambarnya di laman instagramnya yang aku komen. Kami jadi baik laman maya. Dari insta ke muka buku. Kami berkawan. Rapat jugaklah. Tapi,sekarang ? Entah. Haha. Abam. Comelkan nama tu. Sebab pipi dia tembam sangat. So panggil dia abam. Dia panggil aku ‘tembunn’ macam2. Haha. Aku tak tahu kenapa kami tiba-tiba renggang ? Tapi,memang adatlah. Cepat rapat,cepat jauh. Kami ada jersi Barcelona. Hurmm. Special ke abam ni ? (HANYA KAWAN. JANGAN SALAH FAHAM) . Special sikit kot. Entah. Memang dia dapat satu tempat duduk sendiri dalam diri aku. Even kawan yang aku berkawan lama pun sekadar berdiri tepi je dalam hidup aku. Dulu dia akan say ‘good morning tembunn’ dan ya jujur. Aku masih menantikan ‘good morning’ tu. Sedihnya. Abam dah lupakan tembunn L. Gift pertama dia coklat. Aku ambil masa 2minggu lebih nak menghabiskan. Tanda menghargai,walaupun tu bukan kegemaran aku. But,aku memang hantu coklat. Cadbury boost dan black forest. Tapi dia tak suka Cadbury,katanya manis. Hari tu aku tengok Tanda Putera. Teringat dia. Kenapa? Entah. Bukan dia berlakon pun. Aku ada minta dia buatkan sambal kacang. But,aku tahu dia tak kan buat. So,lupakan aje. Satu tentang dia. Dia ego. Apapun,aku seronok kawan dia. Dan dia orang ke-4 aku pegang promise “ apapun jadi,kawan selamanya” .
Nurul nadzirah . Kawan baik baik baik baik baik aku ! Orang pertama (1) aku buat janji “apapun terjadi,kawan selamanya” . Persahabatan kami,ada pasang surutnya. Kami pun pernah berantakan. Tapi,Alhamdulillah. Dia kekal sebagai suku dari hidup aku. Orang kata kami ‘couple’ . Maaf aku tak ‘couple’ dengan sebaya. Dan zirah kawan baik terbaik aku pernah ada. Masa sekolah menengah,geng aku ada 6. Masa diploma,geng aku juga ada 6. Nampak tak bahawasanya ‘1616’ memang angka keramat aku.  Zirah tengah buat ijazah di UPM. Tahun pertama. Semoga Berjaya sayang J.
Geng di sekolah menengah. Aku ( PUO ),Zirah ( UPM ),Mira J ( SEGI ),Natrah ( KPTM ),Ekin dan Mihi ( PRA-U) . Apa pun,semoga kita Berjaya dunia akhirat. Aku sayang kamu semua!
Geng di diploma. Kami bermula masa minggu MSK,sem1. Melekat sampai sekarang. Kami pun pernah berantakan. Aku harap,itu ujian untuk kuatkan kami. Macam mana pun,mereka tetap baik. Aisyah@CHA,orang ipoh,dekatkan ? Dia tegas dan dia berani. Hidayah@DAYA,pemilik hatinya bernama Azni,semoga kamu kekal ke anak cucu. Mariam@AM@Meri@CIK YAM banyak nya panggilan . Haha. Dia ni orang Pahang. Orang tok gajah. Penyokong tegar tok gajah,aku pun tak tahu. Najwa@WAA@JUA,dia ni pun orang perak,dia punya bf Edward Cullen malaya ‘mr.vampire’. Yang terakhir SHARIFAH AMIRAH HUSNA@@mira,hamboi panjangnya nama diakan. Tapi,ada satu hal. Selalunya jugak lah dalam sem3 ni,group task kami akan bersama seorang mamat pemalu ni,Fadli@PADDLE.
SF. Lama tak dengar khabar darinya. Rindu kat kawan aku yang seorang ni.
Rasanya. Habis dah aku cerita. Nak tahu apa lagi ? Ohh. Anak buah aku ? Dia dah pindah sabah bha. Sedih. Akak aku sampai tidur peluk bantal dengan baju anak buah dia. Punya rindukan anak buah dia. Aku? Aku steady je . Haha.
Ouh ya. Nurul Syazwani@kak wani. Senior PRA-U aku dulu. Kenapa dengannya ? Dia dengan kak syima,senior aku sekarang. Sangat banyak persamaan. But,satu tentang kak wani. Dia still ingat aku. Terharunya. Haha. Boleh di katakana kak syima dan kak wani 90% peratus sama,umur?Sikap?Cara?Gaya pemikiran?Cara berpakaian?Cara cakap?Muka?Ketinggian? . Hampir sama semuanya.
Lagi nak bercakap tentang siapa ya ? Entah tiada siapa yang aku nak cakap lagi. Kejap. Fikir fikir fikir. Ya ! Mari bercakap soal politik . Tahniah YB Mas Ermieyati yang telah Berjaya menjadi ketua puteri umno Malaysia. Tahniah setinggi-tinggi tahniah. Ketua puteri masjid tanah ? Kan bagus abam yang jadi. Tapi,abam tak nak. Tak boleh paksakan. YB EMY orang scorpio juga rasanya .
Okay. Tadi bercakap soal umno. Sekarang bercakap tentang pakatan rakyat. YB Nurul Izzah Anwar. MP Lembah Pantai. Aku sangat mengagumi beliau. Seorang wanita yang cekal,tabah,bijak,berani,cantik lagi . Dia orang berzodiak scorpio 19 NOVEMBER. Kami kongsi bulan yang sama J. Bagi aku dia seorang wanita yang hebat. Bak kata orang ‘awesome’. Majulah kaum hawa memperkasakan,memajukan negara!!
Lagiiii . Nak merepek pasal apa ya ? Hah sukan ? Bola? Sayang Melaka tak da bola.  Atmvskel ? Sarvspah ?? Aku memilih ATM dan SARAWAK,#encangsarawakencang #golbanyakbanyak #ngapsayut ( maaf kalau salah,ini ikut suka aku je. ) kenapa ATM? Der,tak rugi tengok ATM,sambil tengok bola. Sambil layan band,Lagu Tegar lagi dia main di stadium selayang. Bola orang putih pula. Aku minat city,YB Izzah minat arsenal . Laliga,aku minat barca dengan realmadrid. Bola sepak dunia? Aku minat sepanyol ya tentu,dengan argentina. Ada messi. Yang penting,bola Malaysia tetap di hati.
Kita cerita pasal artis ? Aku minat Miley Cyrus. Kasihankan dia. Peminat ada yang mengutuk. Bagi aku,dia begitu bersebab. Masa akan memulihkan keadaan. Artis tempatan ? Aku suka.. Hurmm .. Hurm .. Macam tiada. Hah ! Ada,NORA DANISH dengan BOSSNED. Apa pasal bossned ? Rambut dia style gila . Aku suka tengok rambutnya. Smart,comel. Zara Zya,ILMA. Dia comelkan. Bila buat giyomi. Haha. Comel-comel-comel .
Lagu ? Sekarang ni carta musicbox phone aku. Di tempat #1 : Miley Cyrus-wrecking ball. #2 Miley Cyrus-we cant stop. #3 Repvblik- sandiwara cinta. #4 Repvblik- telah ku berikan. #5 Repvblik- kasih dengarkan. #6 Green Days-boulevard of broken dream.
Panjangnya karangan aku hari ini J apapun. Kepada semua pelajar-pelajar politeknik ungku omar. Selamat menduduki peperiksaan akhir.

#nowplaying sandiwara cinta ( teringat abam. Dia suka putar lagu ni siang malam. Haha. )

ARIKAYS KEER
IPOH
22/10/13

Wednesday, 16 October 2013

SEDIKIT TENTANG RASA

Assalammualaikum w.b.t

Hari  ni khamis,17 oktober 2013 . sabtu ni hari jadi FAW yang ke-20. Tak tahu nak belikan hadiah apa. Dia balik kampung dan biasanya jika dia di kampung memang dia sibuk dengan aktivitinya . tapi,aku bukan nak cakap pasal FAW. Aku nak  cakap pasal si degil ganda 10 . belakangan ni,entahlah. Aku macam ada buat salah dengannya . apapun ada aku atau tak,hidup dia tetap happy . kalau aku ada buat salah. Dia patut cakap . ada sesuatu di twitternya dan sumpah aku sentap . but,keep smiling . aku mungkin bersikap kebudak-budakkan dengan buang no.phone dan semua berkaitannya. But,kalau aku simpan. Nanti aku kacau dia. Tak sampai 3 bulan pun kami kawan . hahaha.. lawak betul . samaada aku yang berubah atau dia yang berubah . biarlah . malas fikir. Dia tak pernah cari aku,jadi maknanya dia tak perlukan aku.
Semalam,rabu,16 oktober 2013. Aku pergi jumpa kaki ika. Rindunya pada dia . jumpa kejap . tak sempat lepaskan rindu. Aku bagi dia sekotak coklat . sama macam aku bagi pada si degil ganda 10 . aku sayang kaki ika macam akak sendiri . walau apa aku buat dia tak pernah tinggal kan aku. Kalau aku ada buat salah or pape,dia akan tegur. Sebab tu aku dengan dia kekal sampai sekarang J macam-macam terjadi. Awan dah pindah sabah . rindunya kat anak buah aku tu.

Sampai aku rajin menaip J

Arikays keer
17/10/13

melaka